Sunday, March 29, 2009

Walimatul 'Urusy (kenduri kahwin)

Oleh : Fatin Ameera binti Abd RAhim

PERSIAPAN DAN MAJLIS PERKAHWINAN
Ucapan akad nikah dan walimatulurus merupakan acara ritual atau ibadah yang disyari’atkan dalam Islam sehingga penyelenggaraannya harus tertib dan sesuai. Sebagaimana sebuah ibadah, seperti dalam hal zakat, puasa, ibadah haji, dan sebagainya, penyelenggaraan pernikahan telah diatur tata cara serta rukunnya dalam syariat Islam sebagaimana yang dicontohkan Rasulullah Saw dan para sahabat. Pelanggaran terhadap pelaksanaan rukun-rukun menyebabkan tidak sahnya sebuah pernikahan secara syari’e.
Seiring dengan perkembangang peradaban manusia zaman moden, nilai-nilai kebenaran yang hakiki semakin terpesong dari kehidupan perilaku modernisasi. Pada akhirnya umat Islam semakin tidak memperdulikan lagi terhadap syariat yang semestinya menjadi ikutan dan pegangan bagi mereka, pernikahan yang dilakukan mereka tidak sesuai dengan syariat Islam. Bahkan cenderung meniru nilai dan perilaku barat.
Islam menggalakkan walimatulurus, tetapi melarang jamuan tersebut diadakan secara besar-besaran yang bertentangan dengan Islam.
Sehubungan dengan walimah, adat kebiasaan masing-masing daerah dapat dipertahankan bahkan diamalkan selagi tidak menyalahi prinsip ajaran Islam. Dan apabila adat kebiasaan yang berhubungan dengan walimah tersebut bertentangan dengan syariat Islam, setuju atau tidak, harus ditinggalkan.

PENGERTIAN WALIMATULURUS
-Walimatulurus ialah kenduri bagi meraikan atau merayakan pengantin baru.
-Walimah berasal dari kata “Al Walam” yang bermakna Al Jamu’ (berkumpul).
-Walimah ialah jamuan agama, bukan jamuan adat kebiasaan yang dibuat kerana Allah, bukan jamuan kebanggaan dan bukan sumber untuk mendapat keuntungan duniawi..

TUJUAN WALIMATULURUS
-Melahirkan tanda kesyukuran dan kegembiraan
-Supaya pernikahan tersebut diketahui ramai
-Untuk mengeratkan tali persaudaraan di antara kedua-belah pihak
-Tujuan mengadakan walimah adalah untuk mengumumkan pernikahan di samping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin dan ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru. Pengumuman yang sebaik-baiknya ialah majlis perkahwinan yang diadakan di masjid dan dipukul gendang dan rebana.
Sabda Rasulullah s.a.w :
Maksudnya: “Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu. ” (Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

-Oleh yang demikian, dalam meraikan kegembiraan tersebut adalah penting bagi kita untuk membezakan antara adat dengan ibadat yang perlu dipatuhi. Tidak menjadi kesalahan kepada kita untuk mengikut adat resam sesebuah kaum asalkan adat itu tidak bertentangan dengan syara‘.
 Islam menggalakkan hiburan yang sederhana dan sopan dengan menggariskan beberapa syarat seperti berikut:
1. Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.
2. Nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu.
3. Tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap Allah subhanahu wata‘ala.
4. Senikata nyanyian tidak mengandungi perkataan-perkataan yang cabul atau tidak sopan.

PENSYARIATAN WALIMATULURUS
(HUKUM MENGADAKANNYA)
-Mengadakan majlis walimah atau kenduri kahwin adalah sangat digalakkan dalam Islam.
-Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum melaksanakannya adalah sunat mu’akad ( yang sangat dituntut ) berdasarkan hadis berikut;
Sabda Rasulullah s.a.w :Maksudnya: “’Abdul Rahman bin ‘Awf melakukan perkahwinan, maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing. ” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

PERKARA YANG DILARANG KETIKA MENGADAKANNYA
Antara perkara-perkara yang dilarang ketika mengadakan walimatulurus ialah:
-Melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam
-Mengadakan walimatulurus untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk
-Tidak mementingkan perkara haram dalam tersebut
-Melakukan kenduri walimatulurus yang mempunyai unsur-unsur pembaziran dan sebagainya.


HUKUM MENGHADIRINYA
Menerima jemputan ke majlis perkahwinan adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran. Tidak dapat menghadirinya disebabkan sakit atau sebagainya, sebagaimana;

Sabda Rasulullah s.a.w. : Ertinya :Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w :

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r. a telah berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesiapa yang meninggalkan jemputan (walimatulurus) maka sesungguhnya dia telah ingkar perintah Allah dan Rasul-Nya. "

SYARAT WAJIB KE WALIMATULURUS APABILA DI UNDANG
-Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang yang kaya sahaja.

Sabda Rasulullah s.a.w :Sebusuk-busuk makanan iaitu makanan perjamuan yang diundang orang-orang kaya kepadanya, tetapi dibiarkan orang-orang miskin. ( Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah )

-Di dalam majlis walimah tersebut, tidak ada seorang pun terdiri dari musuhnya.
-Didalam majlis walimah itu, tidak ada perkara yang mungkar dan maksiat seperti arak, judi dan joget.
-Tiada bercampur gaul didalam majlis itu dengan perempuan-perempuan yang bukan mahramnya.
-Tiada bersamaan atau bertembung dalam majlis tersebut dengan tetamu yang bukan Islam.
-Peralatan makan dan minum tidak daripada barang yang diharamkan seperti emas, perak dan sutera.
-Tidak diketahui akan wang perbelanjaan itu dari yang haram.
-Jika dijemput datang pada majlis walimah tersebut selama 2 hari berturut-turut, maka hanya wajib datang 1 hari sahaja.
-Yang menjemput itu dan yang dijemput itu adalah beragama Islam.


SUNNAH – SUNNAH DALAM WALIMAH
Ada beberapa sunnah Rasulullah dalam acara walimah iaitu :
- Berdoa setelah akad nikah. Doa bagi kedua mempelai :
“Barakallahu laka wabaaraka ‘alaika wajama’a baynakuma fii khair”. Semoga Allah mencurahkan kepadamu dan istrimu. Semoga Allah menyatukan kamu berdua dalam segala kebaikan. ” (HR. Bukhari, Muslim).
- Solat sunat setelah akad nikah
- Tinggal seminggu di rumah mempelai wanita.
Berasaskan tradisi Islam persiapn perkahwinan cukup sederhana sekali.
Sayidina Ali menyebut :Rasulullah s.a.w membuat persiapan bagi perkahwinan Fatimah dengan menyediakan makanan basah, satu bekas ar dan sebidang tilam yang berisi jerami.
( Riwayatkan oleh Al-Nasa’i )

Jabir ibn Abdillah menyebut :Kami menghadiri majlis perkahwinan Ali dan Fatimah. Kami tidak pernah melihat majlis perkahwinan yang seindah itu. Kami duduk atas tikar kulit tamar dan dijamu dengan tamar dan zabib. Hamparan Fatimah pada malam itu ialah kulit kambing. ( Riwayat Ibn Majah )

Walaubagaimanapun Islam menggalakkan majlisnkenduri dalam kadar sederhana. Hadis-hadis di bawah ini memberikan gambaran seperti itu dalam :
( Riwayat Ahmad dan Al-Tirmidzi)
Aisyah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda : hebahkan perkahwinan ini dan lakukannya di majlis serta pukullah gendang untuknya.

( Riwayat Al-Nisa’i dan Al-Tirmidzi )
Garis pemisah antara haram dan halal itu ialah gendang dan suara.
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Abu Sa’id as-Sunnah-Sa’idi meriwayatkan beliau telah menjemput Rasulullah s.a.w menghadiri majlis perkahwinannya. Dalam jamuan berkenaan isterinya telah melayani mereka makan. Apabila Rasulullah s.a.w makan isterinya menuangkan kepada baginda air perahan tamar yang diperahnya pada malam itu.

Ucapan selamat perkahwinan juga digalakkan. Ucapan yang selalu dibuat oleh Rasulullah s.a.w berbunyi :
( Riwayatkan oleh ramai periwayat Sunnah )
Allah s.w.t memberkati kamu dan mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan.
ADAT WALIMATUL URUS YANG HARAM

-Nikah gantung
Pengamalan adat nikah gantung adalah orang yang bertanggungjawab mengharamkan yang halal. Mengikut apa yang telah ditetapkan oleh syariat Islam bila mana ijabkabul dilafaskan dan disahkan, maka jadilah lelaki dan perempuan itu sebagai suami isteri yang sah, maka halallah bagi mereka apa yang diharamkan sebelum ini seperti persetubuhan dan sebagainya dan masing-masing mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan seperti nafkah dan sebagainya termasuk nafkah batin. Ketahuilah bahawa mengharamkan yang halal sama dengan syirik.

-Haram Bersanding : haram kerana pekerjaan tersebut adalah merupakan satu pekerjaan bidaah (satu perkara yang diada-adakan) iaitu pekerjaan yang tidak pernah dilakukan di zamanRasulullah saw mahupun di zaman para sahabat.
Firman Allah swt yang bermaksud: “Dan kerjakanlah segala apa yang didatang Rasul, serta hentikanlah segala apa yang dilarangnya. ”

haram disebabkan terdapat beberapa perbuatan yang melanggar batas-batas syarak seperti pakaian yang mendedahkan aurat, percampuranantara lelaki dan wanita yang bukan muhram, pembaziran, memakai bau-bauan dan sebagainya.

Perbelanjaan untuk membuat pelamin sekurang-kurangnya ratusan ringgit, bahkan adakalanya sehingga ribuan ringgit dihabiskan. Ini merupakan pekerjaan yang membazir.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada Tuhannya. ”

Pendedahan aurat berlaku berleluasa di majlis tersebut, terutamanya pengantin perempuan.
Rasulullah saw bersabda: “Ada empat golongan perempuan di dalam neraka;Perempuan yang tidak menutup dirinya (auratnya)daripada lelaki bukan muhram dan keluar daripada rumahnya dengan melawa-lawa;…… perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat demikian ini adalah dilaknat, menjadi ahli neraka kecuali mereka bertaubat. ”

Sebuah hadis Rasulullah saw lagi: “Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar lantas melintasi suatu kaum lelaki (bukan muhram) agar mereka tercium bau harumnya, maka ia adalah penzina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu zina. ”

haram kerana ia adalah warisan, ikutan dari amalan masyarakat Hindu dari zaman berzaman. Sedangkan kita umat Islam adalahdilarang untuk mengikut amalan orang kafir. Islam menyuruh umatnya menjadi satu umat yang berbeza dari lain-lain umat samada dalam adatnya, dalam iktiqadnya, dalam pakaiannya dan lain-lain.
Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiap menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari golongan mereka. ”
Rasulullah saw. bersabda:
“Bukan dari golongan kita umat Islam barangsiapa menyerupai kaum yang lain daripada kita. ”

KESIMPULAN
Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat(seperti majlis santapan makanan)diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka. Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti dilakukan selepas akad nikah; menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan; bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi Muhammad SAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan. Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus, etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan, namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar(was-was)dalamnya. Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain. Islammelarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar, selain memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin. Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa(seperti cemburu, gersang dan was-was)dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.



------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment