Sunday, March 29, 2009

Ali bin Abi Talib

Beliau adalah seorang sahabat merangkap sepupu dan menantu kepada Rasulullah SAW. Ali bin Abi Talib terkenal di dalam sejarah Islam sebagai seorang yang fasih berbicara, soleh, adil, bersih jiwa serta seorang yang berpengetahuan luas berbanding sahabat-sahabat yang lain. Ini adalah kerana Rasulullah pernah tinggal bersama-sama ayahandanya, Abu Talib yang juga bapa saudara Nabi sendiri selepas kematian Abdul Mutalib, datuk Rasulullah dan Ali. Sebagai membalas jasa Ali dipelihara dan dididik oleh Nabi sendiri pula selepas Abu Talib meninggal dunia. Di masa Muhammad diutus menjadi rasul Ali adalah orang yang pertama mengimani baginda sedangkan pada masa itu ia masih kecil. Ali menjadi menantu Nabi setelah berkahwin dengan puteri Rasulullah Fatimah az-Zahrah. Daripada perkahwinan Fatimah dengan Ali ini sahajalah Rasulullah mempunyai keturunan sampai sekarang. 

Sejak kecil Ali dididik dengan budi pekerti mulia. Pengetahuannya juga amat luas kerana sering berdampingan dengan Nabi. Oleh itu, beliau termasuk orang yang paling banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah. Hampir setiap peperangan yang berlaku di zaman Rasulullah disertai oleh Ali malah beliau menjadi pemimpin di barisan hadapan. Keberanian beliau terus dibuktikan pada malam penghijrahan Rasulullah ke Madinah di mana Ali dengan rela hati menggantikan Nabi di tempat tidurnya. Keberanian dan kerelaan ini adalah terhasil daripada keimanan yang tinggi dan tidak berbelah bagi.

Sayidina Ali Karamallahuwajhah mungkin seorang yang tidak bernasib baik sebagai pemimpin. Kalau diikutkan giliran sememangnya Alilah yang paling layak di dalam senarai menunggu selepas Umar dan Abu Bakar, tetapi suasana selepas pembunuhan Uthman bin Affan telah menjadikan situasi jauh berbeza. Golongan orang ramai yang kecewa dengan pemerintahan Uthman memberikan bai’ah sepenuhnya untuk jawatan khalifah kepada Ali, tetapi di satu pihak yang lain Ali tidak disenangi oleh puak Muawiyah yang menjatuhkan Uthman dan bercita-cita untuk duduk di kerusi khalifah. Mereka ini terdiri daripada golongan yang sudah biasa dibuai kemewahan dan terlibat di dalam banyak penyelewengan sewaktu pemerintahan Uthman bin Affan. Sudah pastilah Ali yang tegas dan berdisiplin akan membanteras segala perkara ini.

Perasaan tidak puas hati ini telah menjerumuskan kaum Muslimin yang terdiri daripada pengikut Ali dan Muawiyah ke dalam kancah peperangan saudara. Turut menyedihkan ialah penglibatan Ummul Mukminin Aisyah di dalam peperangan menentang menentunya sendiri Ali dengan berpihak kepada Abdullah bin Zubair bin Awwam atas alasan membalas dendam kematian Uthman. Pelbagai spekulasi sejarah timbul berhubung kes ini. Abdullah juga difahamkan ingin menduduki kerusi khalifah juga kerana telah menjadi anak angkat Aisyah. Peperangan ini terkenal sebagai Peperangan Jamal (Unta) lantaran Aisyah yang mengenderai unta. Walau bagaimanapun atas tipu daya Muawiyah bin Abi Sufian, majlis Tahkim telah menyaksikan perlucutan jawatan Ali dan menguntungkan Muawiyah di satu pihak lain yang sengaja dirancang. Peristiwa ini menyebabkan puak Khawarij mengambil tindakan untuk membunuh ketiga-tiga pemuka yang terlibat dalam peperangan ini iaitu Ali bin Abi Talib, Muawiyah bin Abi Sufian dan ‘Amru bin al-‘As. Dalam komplot tiga serangkai ini Muawiyah dan Amru terselamat tetapi Sayidina Ali telah menemui ajal di tangan Abdul Rahman bin Muljam di Kufah. Dengan itu Ali telah wafat pada tahun 40H/661M dan berakhirlah era pemerintahan Khulafa al-Rasyidin yang penuh cabaran dan sejarah.

d. KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
Nama sebenar; ali bin abi talib bin abdul mutallib bin hasyim
Dilahirkan pada tahun ke-10 sebelum kerasulan nabi muhammad
Merupakan kanak-kanak pertama memeluk islam
Didoakan dengan " karramallahu wajhah " yang bermaksud orang yang dimuliakan wajahnya oleh Allah kerana tidak pernah menyembah berhala
d. PERLANTIKAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
Selepas pembunuhan usman bin affan negara islam menjadi kucar kacir dan tidak stabil
Puak-puak pemberontak telah meminta ali untuk mengambil alih jawatan khalifah
Ali enggan pada mulanya untuk menerima jawatan tersebut tetapi menerimnya setelah melihat negara islam dalam keadaan yang kucar-kacir
Orang ramai telah memberi baiah kepada ali kecuali puak-puak umaiyah yang diketuai oleh muawiyah bin abi sufyan
SUMBANGAN DAN JASA KHULAFAK AR-RASYIDIN
d. KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
Menerima jawatan khalifah ketika negara dalam keadaan tidak tenteram
Sayidina Ali bin Abi Talib Menjadi Khalifah (Pada Tahun 35 Hijrah)
History
Selepas peristiwa pembunuhan Khalifah Othman bin Affan r.a, Sayidina Ali bin Abi Talib memegang teraju pemerintahan. Beliau mendapat baiah dari sebahagian besar

dari kalangan para sahabat, terutamanya Talhah, Az-Zubair bin Al-Awwam, Muhajirin dan Ansar. Peribadi Ali bin Abi Talib menghimpunkan pelbagai kelebihan iaitu sebagai sepupu Nabi s.a.w, menantu baginda dan orang yang pertama memeluk Islam selepas Khadijah.
Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun 23 sebelum Hijrah. Beliau dididik dan dibesarkan di dalam pangkuan Nabi s.a.w malah tidak pernah berpisah dengannya. Beliau adalah merupakan salah seorang pahlawan Islam yang terkemuka di mana panji peperangan berada di tangan beliau di dalam sebahagian besar peperangan dan beliau adalah salah seorang daripada sepuluh orang para sahabat yang dijanjikan syurga.
Berdasarkan faktor-faktor tersebutlah, beliau dipilih oleh umat Islam supaya menjadi khalifah dan pemimpin umat Islam selepas Sayidina Othman bin Affan r.a mati syahid. Peristiwa tersebut berlaku pada tarikh 24 Zulhijah tahun 35 Hijrah.
Dengan demikian Sayidina Ali bin Abi Talib adalah merupakan khalifah pertama bagi umat Islam yang berasal dari keluarga Bani Hasyim yang juga menjadi nasab keturunan Rasulullah s.a.w.


------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment