Sunday, March 29, 2009

Matlamat Hidup Seorang Pelajar Islam.

Oleh: Syarifah Syafiqah Wafa
Islam mengajar umatnya untuk mengejar kebahagiaan dunia dan juga akhirat. Ia mempunyai cara tersendiri dalam mengatur hidup umatnya. Seseorang pelajar Islam mempunyai matlamat hidup berbeza dengan yang bukan Islam. Ia tetap akan memegang teguh pada prinsip hidup Islam walau di mana dia berada. Dia tidak akan mudah terpengaruh dengan alam sekeliling. Ibarat ikan yang berenang di laut masin. Kemasinan air laut tidak akan menjadikan dirinya masin, selagi ikan itu hidup. Begitu juga dengan jiwa seseorang manusia. Jiwa yang disuburkan oleh iman tidak akan terjerumus ke dalam kerosakan alam sekeliling.

Pelajar Islam yang sejati tidak akan mudah menerima cara hidup yang berlainan dari yang ada dalam Islam, walau dia tercampak di tengah kehidupan jahiliah atau masyarakat kafir yang tidak kenal Tuhan. Dia cukup sedar matlamat Allah menjadikan dirinya sebagai manusia di muka bumi ini bukan untuk bermain-main dan berfoya-foya. Tidak sama dengan kejadian seseekor binatang yang hanya berkehendak kepada makan, minum, berkahwin, beranak-pinak dan mati. Setelah mati, binatang tidak akan berhadapan dengan persoalan Munkar dan Nakir. Mereka tidak akan menemui Hari Pembalasan di Padang Mahsyar. Mereka tidak akan menerima pembalasan syurga atau neraka.

Tanpa memikirkan ini semua, seseorang akan hidup berlandaskan hawa nafsu semata. Sebagai pelajar yang bijak, kita patut sedar dengan pesanan Rasulullah s.a.w. yang mengatakan bahawa orang yang bijak ialah orang yang mengingati mati. Hendaklah kita sedari bahawa kita diciptakan oleh Allah kerana dua sebab sebagaimana dalam firman Allah yang bermaksud “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.” (Az-Zariat:56) Oleh itu walau siapa pun kita, tetap tidak akan dapat lari dari dua peranan iaitu sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Sebagai hamba Allah, kita berperanan melaksanakan tanggungjawab untuk menuntut ilmu. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud “Menuntut ilmu itu wajib atas tiap-tiap Muslim.” Sabdanya lagi, “Tuntutlah ilmu walau ke negeri China sekalipun.” (Riwayat Ibnu Uda dari Al-Baihaqi dan Anas). Islam menekankan umatnya agar menuntut ilmu. Menurut hadis di atas, wajib ke atas umat Islam menuntut ilmu. Maka sekiranya umat Islam mengabaikannya, maka berdosalah ia. Suruhan Islam agar umatnya menuntut ilmu bukanlah untuk mengejar sijil, ijazah, pangkat dan harta semata.

Ilmu memang perlu untuk hidup maju dan bertamadun. Islam tidak menghalang pembangunan dunia sama sekali. Malah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, Islam menuntut umatnya agar membina tamadun berasaskan syariat Allah. Tanpa ilmu, bagaimanakah manusia dapat membina tamadun?

Islam mensyariatkan umatnya mendirikan solat secara berjemaah. Untuk mendirikan solat berjemaah seperti solat Jumaat, perlulah ada sebuah bangunan besar untuk menampung sekurang-kurangnya 40 orang umat Islam. Syarat sah solat adalah menutup aurat. Menutup aurat perlukan kain dan kain diperbuat daripada benang. Untuk membina bangunan, seperti rumah untuk tempat berlindung, masjid untuk beribadah perlukan pengetahuan. Untuk membuat pakaian demi menutup aurat juga perlukan pengetahuan dalam bidang pertanian dan tenunan. Pengetahuan diperlukan untuk menanam pokok kapas, memproses benang seterusnya untuk membuat kain.

Dengan menegakkan syariat itu sendiri bererti menegakkan tamadun. Maka, bagaimanakah yang dikatakan bahawa Islam menolak tamadun dunia?
Walau bagaimanapun, kemajuan material semata dengan mengabaikan kemajuan rohaniah akan menghasilkan tamadun yang pincang sebagaimana tamadun yang dibina oleh orang-orang Barat. Tamadun material mereka tinggi sehingga menyebabkan sesetengah negara lain tunduk dan bergantung kepada mereka. Tetapi pada masa yang sama, mereka mempunyai ramai golongan pesakit jiwa.

Islam amat mementingkan pembangunan rohani. Demi menegakkan tamadun Islam, pelajar atau siswa Islam perlulah melengkapkan diri mereka dengan ilmu yang menjadi teras dalam ajaran Islam, di samping ilmu pembangunan dunia. Dengan adanya ilmu teras ini iaitu ilmu fardhu ain, para pelajar dan siswa tidak akan tersesat jalan. Tamadun material yang dibina tidaklah akan pincang sebagaimana tamadun orang Barat. Antara jenis-jenis ilmu yang menjadi teras dalam ajaran Islam adalah ilmu Tauhid, ilmu Fekah dan ilmu Tasawwuf.
Ilmu Tauhid ialah ilmu yang membahaskan tentang akidah. Ia berkaitan dengan Rukun Iman iaitu kepercayaan kepada Allah, Rasul, malaikat, kitab-kitab, hari Akhirat dan Qada’ Qadar. Ilmu Tauhid menjadi tunjang kepada segala ilmu. Tanpa pengetahuan di bidang ini, seseorang boleh menjadi sesat. Segala ilmu yang wujud di alam ini semuanya mesti dikaitkan dengan Allah sebagai sumber pengatur dan pencipta alam ini. Samada ianya merupakan ilmu Biologi, Matematik dan Sains.

Terjadinya “Teori Darwin” yang mengatakan bahawa manusia berasal dari beruk adalah kerana asal usul kejadian manusia itu tidak dikaji menurut perspektif Islam. Di dalam Al-Quran, Allah telah menjelaskan bahawa manusia itu dijadikan dari setitis air mani. Terjadinya gunung-ganang, struktur Geografi seperti lembah, lurah, gunung berapi, angin, taufan, dan lain-lain perubahan rupa bumi harus dikaitkan dengan Allah. Hasilnya, akan bertambah mendalam rasa takut, gerun seseorang terhadap Tuhan yang menciptanya. Tidaklah dengan sewenang-wenangnya dia akan melanggar perintah Allah kerana telah mempelajari sifat-sifat Allah melalui ilmu Geografi.

Malang sekali nasib umat Islam di zaman ini, di mana ilmu pengetahuan telah dikuasai oleh orang kafir yang memang sengaja mahu menjauhkan orang Islam dari Tuhannya. Ilmu-ilmu yang asalnya milik orang Islam, diambil dan diubah suai menurut kehendak mereka. Seterusnya dihidang dan disuap kembali ke minda umat Islam. Maka jadilah umat Islam sekarang rosak sepertimana rosaknya orang bukan Islam.
Para pelajar perlulah melengkapkan diri mereka dengan ilmu Tauhid ini. Contohnya mengetahui dengan yakin akan segala sifat-sifat Allah yang wajib, mustahil dan harus, dengan dalil akli dan nakli. Dengan adanya ilmu ini, para pelajar mempunyai keyakinan yang padu terhadap Allah. Setelah mengetahuinya, para pelajar hendaklah faham dan yakin akan kekuasaan-Nya. Sebagai contoh pelajar mengetahui bahawa Allah itu bersifat Ada, Maha Mendengar dan Maha Melihat. Pelajar yakin akan kewujudan Allah, betapa Allah Maha Mendengar setiap apa yang pelajar lakukan, yang pelajar bisikkan di dalam hati dan segala lintasan hati. Allah Maha Melihat segala apa yang pelajar lakukan; samada yang terang atau tersembunyi, dan segala perbuatan pelajar akan ditanya oleh Allah di Akhirat. Perkara yang haram dan berdosa pasti akan diazab dengan neraka Allah yang dahsyat dan tidak berkesudahan itu. Selain itu, pelajar juga hendaklah faham dan yakin akan kewujudan alam Akhirat.

Pelajar yang cerdik dan pintar sedar bahawa Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui setiap masalah yang dihadapi. Mereka akan sentiasa mengadu hanya kepada Allah. Namun, sungguh malang sekali pada ketika ini sebilangan pelajar hanya mengambil perhatian untuk mempelajari ilmu-ilmu lain seperti ilmu Kimia, Fizik, Matematik dan Astronomi. Malah, mereka seringkali mengabaikan ilmu Tauhid. Masa, tenaga dan wang ringgit banyak dihabiskan untuk mengkaji ilmu-ilmu lain sahaja. Mereka lebih mahir tentang bentuk bumi yang sulit dan rumit dari suasana kiamat yang dahsyat. Mereka juga lebih yakin pada teori-teori Sains dari janji-janji Allah yang termaktub dalam Al-Quranul Karim. Akibatnya, mereka tidak sayang pada Islam, tidak cinta pada Allah dan tidak taat kepada hukum-hukum Allah. Mereka menganut Islam bukan atas ilmu dan keyakinan tetapi kerana tradisi iaitu Islam kerana ibu bapa mereka orang Islam. Iman mereka ialah iman Taqlid, iaitu beriman dengan Rukun Iman hanya secara menurut orang lain. Malah terdapat segelintir ibu bapa yang tidak mengambil berat untuk memberi pelajaran ini kepada anak-anak mereka. Mereka lebih menekankan pelajaran yang ada nilai komersial seperti Sains dan Matematik. Mereka bimbang anak-anak mereka akan melarat di dunia jika tidak berpelajaran tinggi. Tetapi mereka tidak pernah bimbang akan nasib anak-anak ini akan terseksa dan melarat terhina di neraka Allah. Kesimpulannya, para pelajar tidak seharusnya mengabai dan mencuaikan ilmu Tauhid ini.

Ilmu Fekah pula adalah ilmu yang membahaskan tentang cara-cara beribadah kepada Allah, syarat-syarat sah, batal dan sebagainya. Contohnya cara-cara bersolat, syarat-syarat sah dan batalnya, perkara-perkara yang membatalkan wuduk, cara-cara mandi hadas dan sebab-sebabnya serta cara-cara menutup aurat dan sebagainya. Jika seseorang itu jahil tentang perkara-perkara yang berhubung dengannya, ibadah tidak dapat dilakukan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. Akibatnya, sia-sialah ia kerana Allah tidak menerimanya.
Ilmu Tasawwuf pula membicarakan tentang akhlak, iaitu akhlak dengan Allah dan sesama manusia. Ia menerangkan tentang sifat-sifat yang baik (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh manusia dan menerangkan juga tentang sifat-sifat buruk (mazmumah) yang mesti kita hindari. Dengan adanya sifat-sifat buruk seperti berdendam, buruk sangka dan sebagainya akan menyebabkan ibadah kita tidak akan diterima walau sebanyak manapun ia.

Allah tidak melarang umat Islam menuntut ilmu-ilmu lain atau menuntut ilmu dari orang bukan Islam, asalkan ianya tidak bertentangan dengan syariat Allah. Haram belajar ilmu yang bertentangan dengan syariat Allah seperti ilmu sihir dan ilmu muzik. Kadangkala sesuatu ilmu itu dibenarkan di sisi Islam. Tetapi oleh kerana niat menuntut ilmu itu tidak kerana Allah, maka ia tidak memberi manfaat yang baik kepada si penuntut. Natijahnya, ia tidak membawa seseorang itu hampir dengan Tuhannya. Selain itu, semakin tinggi ilmu yang diperolehinya semakin dia jauh pula dari Allah. Hal ini kerana dia menggunakan kepakarannya bukan untuk dimanfaati oleh masyarakatnya, tetapi untuk menindas, menipu dan menyelewengkan harta orang lain. Imbalan yang didapati dari kepakarannya dalam sesuatu bidang digunakan untuk berfoya-foya.

Lebih dahsyat lagi terdapat sesetengah orang yang pakar di sudut agama, yakni yang mempunyai kelulusan yang tinggi dalam bidang agama, sanggup menyelewengkan hukum-hukum Allah demi mendapat harta dunia. Kesannya, masyarakat jahil dengan ilmu agama. Maka berlakulah maksiat dan pelbagai gejala krisis moral dalam masyarakat pada masa kini termasuklah pengambilan dadah yang membinasakan diri.

Sebagai hamba Allah, pelajar hendaklah sedar akan hakikat diri. Manusia dijadikan Allah dari setitis air mani yang hina, yang mana jika ia tidak dijatuhkan ke dalam rahim seorang perempuan, nescaya ianya tidak akan berharga. Maha Suci Allah yang telah menjadikan setitis air mani ini kepada seorang manusia yang lengkap segala anggota, akal dan fikiran. Setelah cukup sembilan bulan sepuluh hari dalam kandungan, kita dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan lemah. Kemudian membesar dan menjadi seorang manusia yang kuat dan sempurna. Kacak, jelita, menawan dan berupaya mengurus keperluan diri tanpa bantuan orang lain. Seterusnya akan menjadi tua dan akhirnya mati. Walau siapa pun diri kita, kita tetap tidak akan terlepas dari persoalan mati dan perhitungan di Hari Akhirat. Inilah hakikat hidup manusia yang perlu kita sedari.

Selain itu, sebagai hamba Allah, kita perlulah memperhambakan diri kepada Allah yang telah menjadikan diri kita. Memperhambakan diri kepada Allah bermaksud beribadah kepada-Nya. Ibadah hendaklah dilaksanakan dengan tepat dan betul mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Terdapat tiga bentuk ibadat yang mencakupi seluruh hidup kita iaitu ibadah asas, ibadah cabang dan ibadah umum.

Apakah yang dimaksudkan dengan ibadah asas? Ia merangkumi persoalan-persoalan mengenai akidah dan keyakinan kita kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, Rasul-rasul, hari pembalasan dan untung baik serta jahat. Rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu, puasa, zakat fitrah dan rukun haji juga termasuk dalam ibadah asas ini. Rukun Islam dan Rukun Iman ini wajib bagi setiap umat Islam, yakni bererti bahawa sebelum kita dapat melaksanakan ibadah-ibadah lain, kedua-dua perkara ini perlu ada pada diri kita.
Apakah pula yang dimaksudkan dengan ibadah cabang? Ia berkait rapat perkara-perkara yang berhubung dengan pengurusan mayat, membangunkan sistem pendidikan dan pelajaran Islam, mewujudkan sistem ekonomi Islam seperti perusahaan asas yang menjadi keperluan setiap umat Islam. Contohnya seperti perusahaan untuk menghasilkan makanan asas seperti beras, gandum, gula, tepung, garam, kicap dan perusahaan minuman seperti susu, kopi, teh dan lain-lain bentuk minuman ringan. Mengusahakan bidang-bidang seperti pertanian dan perikanan seperti menghasilkan ikan basah atau kering.

Perkara-perkara ini merupakan soal asas dalam perjuangan menegakkan ibadah kepada Allah. Sudah pasti kita tidak mahu darah daging kita bercampur dengan zat yang bertentangan dengan syariat Allah. Hal ini pasti akan merosakkan ibadah asas kita. Malah, Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud bahawa hati itu ditempa dari makanan. Oleh itu, dalam menegakkan bentuk pendidikan dan pelajaran, kita mesti menitikberatkan hasil mutlak dari acuan pendidikan kita iaitu rupa jiwa kanak-kanak yang diacu dari peringkat tadika, menengah dan universiti.

Kesimpulannya, ibadah cabang merupakan ibadah yang menjadi fadhu kifayah ke atas umat Islam untuk melaksanakannya. Perkara ini amat besar ertinya kepada seluruh individu Islam kerana tanpa pelaksanaan secara total dari satu-satu pihak, maka seluruh masyarakat itu akan menerima dosa daripada Allah. Namun seandainya terdapat satu pihak melaksanakan tuntutan fardhu ini, maka pihak itu telah melepaskan tanggungan dosa bagi seluruh masyarakat Islam.
Ibadah umum pula bermaksud perkara-perkara yang harus dikerjakan. Tetapi jika dilakukan mengikut sunnah boleh menjadi ibadah dan mendapat pahala. Antara yang tergolong dalam amalan-amalan ini adalah seperti makan, minum, tidur, menguap, berbaring, berjalan-jalan, berehat-rehat dan sebagainya. Menghambakan diri kepada Allah juga bermaksud sentiasa menghubungkan hati dengan Allah. Iaitu, sekiranya kita beribadah hendaklah kita rasa bahawa ibadah itu merupakan hadiah Allah kepada kita. Kenapa dikatakan ‘hadiah Allah’ kepada kita? Hal ini kerana sekiranya Allah tidak mengurniakan kekuatan kepada kita untuk beribadah kepada-Nya, mampukah kita melaksanakan ibadah itu? Sekiranya Allah tidak mengurniakan kita taufik, rasa ingin beribadah, rasa indah dengan Islam, rasa seronok bermunajat kepada Allah, mampukah kita mendirikan solat menunaikan haji ke Mekah atau mendengar ceramah agama?

Berapa ramai orang yang dikurniakan Allah badan yang sihat, akal yang waras, harta yang banyak, tetapi tidak menggunakan segala nikmat Allah itu pada jalan yang diredhai-Nya? Malah mereka menggunakannya pada jalan maksiat. Contohnya menggunakan masa yang lapang untuk berpeleseran di kelab-kelab malam, menghabiskan waktu dengan berfoya-foya, berkhayal dan sebagainya. Maka itulah dikatakan bahawa setiap ibadah yang kita lakukan merupakan ‘hadiah’ Allah kepada kita.

Untuk itu perlulah setiap hamba bersyukur kepada Allah di atas setiap nikmat pemberian Allah, terutama nikmat dapat melakukan ibadah. Sebaliknya, apabila ditimpa musibah, hendaklah seseorang hamba merasakan bahawa itu merupakan isyarat tanda kemurkaan Allah kepada kita. Mungkin selama ini kita lalai terhadap suruhan Allah. Jika kita malu dihina, diherdik dan dihukum oleh guru, mengapa kita tidak malu dengan Allah yang telah memberi kita segala nikmat-Nya? Bila didatangkan ujian seperti dimarahi oleh ibu atau dilukai hati, hendaklah kita rasai betapa Allah marah kepada kita kerana mengabaikan perintah-Nya selama ini. Allah datangkan ujian dalam bentuk hinaan manusia kepada kita supaya kita sedar betapa sakitnya dihina di dunia. Hendaklah kita insaf, bertaubat dan membuat perubahan diri.
Kita juga hendaklah merasa takut dan menyesal apabila terbuat dosa, apatah lagi untuk membuat dosa secara sengaja. Apabila memandang alam, seseorang hamba hendaklah merasa kebesaran Allah. Betapa Allah Maha Pencipta dan Maha Berkuasa menjadikan segalanya. Manakala, apabila melihat kesusahan orang lain, hendaklah kita sedar bahawa itu merupakan cubaan Allah kepada kita yang diliputi kesenangan. Sejauh manakah kita terdorong untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.

Orang yang sedar dirinya hamba Allah, apabila mendapat kejayaan, akan merasa bahawa itu merupakan bantuan dari Allah ke atas dirinya. Dia tidak akan sombong, mendabik dada merasa bahawa dirinyalah yang paling pandai, dirinyalah yang paling bijak. Bahkan kejayaannya itu dianggap sebagai satu kurniaan Allah kepadanya. Sekiranya dia mempunyai IQ yang tinggi, akan dipergunakan kecerdikannya untuk membantu rakan-rakan yang lemah di dalam pelajaran. Dia sama sekali tidak memandang hina terhadap mereka. Dia sedar IQ yang tinggi dan kecerdikannya itu merupakan kurniaan Allah kepadanya. Dia sentiasa merasa lemah, hina dan sentiasa meminta serta berharap kepada Allah. Dia juga sentiasa merasa bersalah kepada Allah walaupun tidak membuat kesalahan. Dia redha dengan setiap takdir yang menimpanya kerana dia sedar ia adalah dari Allah.

Peranan kedua pelajar ialah sebagai khalifah Allah. Bila disebut tentang khalifah, bermakna dia merupakan seorang pemimpin yang diberatkan dengan tanggungjawab tertentu. Ia samada berbentuk rasmi seperti ketua pelajar, wakil pelajar, presiden persatuan atau tidak rasmi seperti sebagai anak sulung, ketua keluarga dan kakak serta abang kepada adik-adiknya. Sudah pasti tanggungjawab ini akan dipersoalkan oleh Allah di Akhirat kelak. Oleh itu, kita hendaklah berusaha menjalankan amanah sebagai pemimpin dengan penuh keikhlasan dan bertanggungjawab menurut sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah.

Antara kaedah untuk melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan adalah seperti mengadakan hubungan silaturrahim sesama manusia melalui solat berjemaah, berjual-beli, bergotong-royong dan sebagainya. Selain itu, segala aktiviti yang dilakukan hendaklah mengikut lima syarat Islam. Antara lima syarat tersebut adalah tidak melakukan perbuatan haram seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pendedahan aurat, berakhlak buruk dan sebagainya. Di samping itu, kita hendaklah tidak meninggalkan perkara asas dalam Islam seperti solat lima waktu. Jenis aktiviti yang dijalankan pula mestilah sesuatu yang dibenarkan oleh syariat Islam. Bukan itu sahaja, sebagai khalifah Allah juga, pelajar hendaklah menggunakan segala nikmat pemberian Allah berupa ilmu, tenaga, pangkat, kekayaan dan kepakaran untuk perkara-perkara yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Contohnya, kepakarannya di bidang perubatan sakit puan digunakan untuk memberi khidmat perubatan percuma kepada orang miskin. Dia tidak menggunakan kepakarannya untuk perkara haram seperti terlibat dalam pengguguran bayi secara haram.

Matlamat pendidikan Islam adalah untuk melahirkan insan yang berjiwa taqwa, iaitu hamba Allah yang hidupnya hanya untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah. Sekiranya pelajar berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang telah dihuraikan, bermakna pelajar bukan sahaja telah berjaya menjadi manusia yang dikasihi Allah, bahkan menjadi seorang pelajar, mahasiswa dan remaja yang mempunyai identiti dan wawasan hidup yang tersendiri. Oleh itu, pelajar tidak perlu tunduk atau terikut-ikut dengan sebarang ideologi atau cara hidup Barat. Pelajar juga tidak mudah diperkotak-katikkan oleh unsur-unsur yang memang sengaja mahu merosakkan remaja Islam dan masa depan Islam itu sendiri.
Pelajar seharusnya memahami status diri, iaitu pelajar, mahasiswa atau remaja merupakan aset negara yang tidak ternilai harganya. Pepatah ada mengatakan bahawa “Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara”. Oleh itu, di tangan remajalah letaknya harapan negara. Sebagai pelajar dan remaja Islam, kita hendaklah mewujudkan ketrampilan diri kita sebagai seorang Islam. Kita tidak boleh terikut-ikut dengan gaya hidup pelajar bukan Islam. Buktikannya melalui akhlak yang indah, cara hidup sunnah Rasulullah s.a.w. di samping kecemerlangan di bidang akademik dan kokurikulum.

Sebagai mahasiswa, kita tidak seharusnya mengikat minda hanya pada bidang akademik dan kehidupan di sekitar kampus dan universiti sahaja. Kita seharusnya membuka mata pada masyarakat dan dunia luar, selain peka dengan isu semasa. Sebagai bakal pemimpin, kita seharusnya matang dalam menilai isu-isu semasa, berupaya menganalisa dan menyelesaikan masalah menurut perspektif Islam. Dengan ini, dapat mewujudkan pemimpin Islam yang berwibawa dan berjaya mencetuskan suasana masyarakat Islam yang sebenar.

Di sudut keluarga pula, pelajar Islam merupakan aset di dunia dan akhirat. Pembabitan pelajar dalam gejala sosial seperti melepak, mengambil dadah dan sebagainya merupakan satu kepincangan besar. Ibubapa juga akan menanggung beban dosa di akhirat. Dosa yang dilakukan remaja juga akan mengheret ibu dan bapa ke neraka Allah. Sanggupkah remaja melihat ibubapa yang telah bersusah payah memelihara, membesarkan remaja diseksa Allah di neraka kelak? Semuanya kerana dosa yang kita lakukan sendiri. Sesetengah daripada kita bercita-cita untuk berjaya dalam hidup agar dapat membalas jasa ibu dan bapa yang telah banyak berkorban demi kesenangan hidup kita. Namun, memberi keselesaan hidup di dunia dalam bentuk material sahaja tidak mencukupi untuk membalas jasa mereka.
Salah satu ciri anak yang soleh ialah anak yang mendoakan kedua ibubapanya. Untuk membalas budi ibubapa, remaja hendaklah menjadi hamba yang taat kepada Allah, melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Dengan menjadikan matlamat hidup dan menjalani hidup sebagai insan yang bertaqwa bukan sahaja menjamin keselamatan hidup remaja di dunia, bahkan di akhirat juga. Di akhirat, ibubapa akan dibalasi Allah dengan nikmat syurga kerana telah melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak sebagaimana yang dikehendaki-Nya.

Matlamat kedua pendidikan Islam adalah untuk melahirkan insan-insan yang sanggup bekerja sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Mereka bekerja sepenuh masa dengan kerajaan Allah untuk membangunkan syariat Allah dan melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Allah. Mereka tidak terikat oleh gaji dan masa. Sebagai individu remaja Islam, kita berperanan menegakkan lima hukum-hukum Allah dalam setiap bidang kehidupan. Iaitu melaksanakan ibadah wajib dan sunat, menjauhi yang haram dan makhruh, dan menjadikan perkara yang harus sebagai ibadah. Bidang kehidupan yang dimaksudkan di sini adalah segala aspek kehidupan seperti perubatan, pendidikan, pertanian, ekonomi, perhubungan dan lain-lain.
Kesimpulannya, pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang belajar untuk mendapat keredhaan Allah dan bercita-cita menggunakan kepakarannya untuk menegakkan tamadun Islam. Selain berusaha untuk mencapai kejayaan di bidang akademik, dia sama sekali tidak mengabaikan tanggungjawabnya kepada Allah. Kepandaian tidak mendorongnya untuk menjadi sombong, sebaliknya merasakan bahawa ia adalah kurniaan daripada Allah yang perlu dipelihara haknya. Akhlak sesama manusia juga sentiasa dijaga dan dipelihara demi mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.



------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Konsep Persaudaraan Dalam Islam

Oleh: Lyana Balqis Bt Shirmi

PENGERTIAN
Konsep persaudaraan bolrh ditakrifkan berdasarkan kepada dua bahagian.

1)Dari segi bahasa.
Perkataan persaudaraan adalah terjemahan daripada perkataan Arab iaitu Ukhuwah yang berasal dari akar kata Akhun yang membawa erti sebagai sahabat, teman, saudara dan sebagainya.

2)Dari segi istilah.
Boleh dilihat dari beberapa sudut:
Dari kacamat al-Quran, persaudaraaan diertikan sebagai perasaan kasih sayang, tolong-menolong, bantu membantu, bertolak-ansur, bermesra dan cinta-mencintai diantara sesama umat Islam tanpa berkecuali.

Dari kacamata al-Hadith Rasulullah s.a.w pula, persaudaraan diertikan lebih kurang sama sepertimana yang dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran. Di mana Rasulullah s.a.w menghuraikan konsep persaudaraan itu sebenarnya merupakan tubuh badan, darah daging dan roh umat Islam sendiri pada keseluruhannya. Sehingga baginda mentamthil ibaratkan perasaan persaudaraaan sesama umat Islam sebagai satu tubuh badan apabila satu anggota tubuh badan itu mengalami kecederaan atau terkena sakit, penderitannnya dirasa dan ditanggung bersama oleh seluruh anggota badan. Sehingga seluruh anggota turut sama berjaga malam untuk sama-sama merasai kesakitan yang dialami oleh salah satu daripada anggota yang sakit itu tadi.

Dari kacamata ulamak Islam pula, terdapat dua kumpulan pendapat yang terbesar:Golongan yang mengatakan bahawa konsep persaudaraan ialah dalam bentuk umum. Iaitu persaudaraan tanpa mengira aqidah, bangsa, keturunan, warna, kulit dan sebagainya. Malah asal dinamakan manusia maka perasaan persaudaraan itu wajib dijalin. Golongan kedua menekankan tentang ketunggalan asal usul manusia yang berasal daripada daripada Adam a.s itu bersaudara dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengeratkan persaudaraan dan kemakmuran manusia sejagat.
PENGERTIAN PERSAUDARAAN MENURUT AL-GHAZALI.

Pertama :
Persaudaraan itu dijalin atas dorongan untuk mendapatkan keseronokan. Hal ini berlaku apabila seseorong itu merasa gembira melihat orang lain samada dari segi paras rupa, tingkah laku dan sebagainya. Ini bererti seseorang itu menjadi sebab mengapa persaudaraan itu terjadi.

Kedua :
Persaudaraan itu terjadi yang berpunca daripada tujuan seseeorang untuk kepentingan dirinya sendiri. Misalnya dengan persaudaraan itu kelak ia mendapat pertolongan di dalam bentuk kebendaan, kewangan dan sebagainya. Ini bererti persaudaraan itu diraih semata-mata untuk itu.tujuan kebendaan dan tidak lebih dari.

Ketiga :
Adalah persaudaraan yang sengaja diusahakan, tetapi bukan dengan tujuan untuk kesoronokan memandang seseorang atau untuk kepentingan kebendaan tetapi semata-mata untuk mendapatkankebahagiaan di akhirat.

Keempat :
Persaudaraan yang diikat erat di atas cetusan daripada kesedaraan iman dan taqwa kepada Allah s.w.t. Dalam ertikata bahawa persaudaraan yang dijalin kerana semata-mata patuh, taat, menyembah dan menyerah diri kepada Allah s.w.t.

Kesimpulan :
Di mana sebarang daya usaha untuk berkasih sayang, cinta-mencintai, bermesra, hormat-menghormati, bekerjasama, tolong-menolong dan sebagainya sesama umat Islam semata-mata kerana beribadat kepada Allah s.w.t adalah merupakan ikatan persaudaraan yang sempurna dalam ertikata yang sebenarnya.

SAHABAT YANG IDEAL MENURUT AL-GHAZALI.

• Kebijaksanaan
• Akhlak yang mulia
• Tidak fasik
• Tidak melakukan bidaah
• Pemurah.

HIKMAT PERSAUDARAAN.

Apabila memperkatakan tentang hikmat, kelebihan atua faedah daripada persaudaraan, ia boleh dihuraikan melalui al-Quran dan al-Hadith.

Al-Quran.
Al-Quran secara khusus telah menyenaraikan beberapa hikmat persaudaraan yang di antaranya ialah :

Al-Quran menjelaskan bahawa pengukuhan perasaan persaudaraan di di kalangan umat Islam dan berbaik-baik dengan yang bukan Islam adalah semata-mata untuk mengwujudkan perpaduan sejagat. Apabila terburainya ikatan itu tadi, bumi Allah s.w.t ini akan dibasahi oleh darah manusia. Punca utama pertumpahan darah itu adalah disebabkan hilangnya ikatan perasaan persaudaraan sesame manusia. Jesteru kerana itu, persaudaraan dan perpaduan menurut Al-Quran adalah merupakan jembatan emas yang menuju ke arah pencapaian keamanan, dan kesejahteraan yang dimimpikan oleh setiap manusia dan penghalangan perpecahan. Selain daripada itu, walaupun perpaduan diwajibkan oleh Allah s.w.t, mereka yang bersatu-padu berasas kepada iman dan taqwa iaitu berasaskan persaudaraan Islam adalah merupakan golongan yang paling dimuliakan oleh Allah s.w.t.

Al-Quran juga selanjutnya menjelaskan bahawa persaudaraan adalah merupakan nikmat yang tidak terhingga besar ertinya kepada manusia. Hal ini adalah bertitik-tolak daripada kenyataan bahawa melalui persaudaraan ini maka manusia dapat melaksanakan apa sahaja yang mereka kehendaki kea rah penyempurnaan keperluan hidup mereka. Persaudaraan melahirkan semangat untuk bekerjasam, bergotong-royong dan saling bantu-membantu sesama umat Islam untuk melakukan segala kebajikan yang dapat menyempurnakan keperluan hidup mereka bersama.

Selanjutnya persaudaraan jugalah yang telah menjadi nikmat yang cukup besar apabila sesuatu penderitaan atau halangan yang dialami oleh salah seorang daripada umat Islam akan ditanggung bersama oleh umat Islam sehingga kesakitan atau penderitaan itu seolah-olah tidak berlaku kerana menjadi ringan apabila kesusahan itu dipikul bersama.

Al-Quran juga menyarankan bahawa nikmat persaudaraan yang berlunaskan kepada saranan Allah s.w.t sepertimana yang terkandung di dalam al-Quran adalah merupakansalah satu asas kejayaan seseorang muslim di atas muka bumi ini dan di akhirat. Persaudaraan yang diperundangkan oleh Allah s.w.t itu berpunca daripada keimanan dan ketaqwaan. Sedangkan kedua0dua unsur itu merupakan tali pengikat yang cukup kuat bagi menjamin keberkekalan persaudaraan.

Melalui persaudaraanlah seseorang itu memperolehi kekuatan dan kekuasaan, hal ini amat benar sekali. Di mana sesuatu golongan yang bersatu-padu itu adalah merupakan golongan yang kuat dan gagah yang disegani rakan dan lawan. Inilah di antara faedah atau kelebihan persaudaraan. Tamadun yang dicapai oleh sesuatu bangsa itu adalah disebabkan ketinggian prestasi perpaduan, persefahaman dan persaudaraan di kalangan setiap ahli bangsa itu sendiri dari golongan pemerintah hinggalah golongan rakyat jelata.

Prestasi keimanan dan ketaqwaan orang-orang Islam itu dapat diukur dengan kadar tingginya prestasi persaudaraan di kalangan merela sendiri. Inilah kayu pengukur atau dacing penimbang yang dikemukakan oleh al-Quran. Dalam ertikata yang lain semakin tinggi dan kukuhnya ikatan persaudaraan di kalangan umat Islam, maka semakin tinggi dan kukuh iman dan taqwa umat Islam. Sebaliknya, perpecahan, persengketaan dan pertumpahan darah yang berlaku di kalangan umat Islam adalah lambang atau petanda kelemahan dan kelenturun iman dan taqwa mereka. Hanya orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa sahaja yang dapat melaksanakan hak dan tanggungjawab yang diperundangkan oleh Islam.

Al-Hadith.

Rasulullah s.a.w menyarankan bahawa persaudaraan yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w mempunyai kesan dari segi psikologi atau kerohanian yang cukup besar. Ini disebabkan persaudaraan dan perpaduan itu tidak dapat dilaksanakan melainkan setelah wujudnya perasaan, semangat dan keinginan yang cukup tinggi. Jesteru kerana itu Rasulullah s.a.w beranggapan persaudaraan itu memerlukan kepada semangat dan cita-cita untuk bersatu-padu dan bekerjasama.

Persaudaraan bertitik-tolak daripada lubuk hati atau jiwa inilah apabila diadunkan dengan iman dan taqwa menjadi satu daya tenaga yang cukup kuat di kalangan umat Islam. Hikmat yang terbesar yang diperolehi daripada persaudaraan ialah kepuasaan dan kebahagiaan jiwa dan hati yang tidak terhingga. Perkara ini amat ketara apabila golongan yang bersatu-padu itu menjadi kuat dan gagah yang disegani dan ditakuti oleh musuh. Jesteru kerana itu ia menanamkan semangat percaya kepada diri sendiri, kemegahan dan kepuasaan hati.

Selanjutnya, persaudaraan menyuburkan perasaan kekuatan rohani yang berakhir dengan terjelmanya kekuatan jasmani. Dengan ini, segala sesuatu yang berbentuk kejiwaan atau kebendaan dapat diselesaikan dengan adanya daya kekuatan persaudaraan.jesteru kerana itulah persaudaraan itu digalakkan oleh Rasulullah s.a.w diperkukuhkan. Kemesraan umat Islam sentiasa dipertingkatkan dan semangat kasih sayang itu sentiasa dipupuk agar dapat meningkatkan lagi prestasi ikatan persaudaraan.

Hiikmat persaudaraan yang berasaskan kepada Hadith Rasulullah s.a.w selanjutnya dijelaskan oleh baginda sebagai satu cara bagaimana seseorang itu mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t di hari akhirat kelak. Di man di Padang Mahsyar kelak tiada siapa yang dapat memberi perlindungan daripada azab sengsara melainkan Allah s.w.t juga yang berkuasa lagi maha memberi pengampunan. Dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w bahawa orang yang mengeratkan hubungan persaudaraan adalah di antara mereka yang akan diberikan oleh Allah s.w.t di Padang Mahsyar.

Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w selanjutnya bahawa orang yang mengasihi umat Islam yang lain kerana beribadat kepada Allah s.w.t adalah terdiri daripada golongan yang paling dikasihi oleh Allah s.w.t Sedangkan keredhaan Allah s.w.t sentiasa dicari-cari dan menjadi cita-cita oleh setiap umat Islam. Kini telah jelas terbukti salah satu cara yang paling baik untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t dan menjadi orang yang dikasihi olehnya dengan mengasihi dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama umat Islam.

Ganjaran yang begitu besar ertinya daripada Allah s.w.t kepada manusia ini sebenarnya mempunyai hikmat disebaliknya yang semata-mata untuk kepentingan dan kesempurnaan hidup manusia sendiri. Di mana implikasi daripada eratnya hubungan silaturrahim akan mencetuskan perpaduan yang membawa kepada keamanan, kesejahteraan dan perpaduan yang semata-mata merupakan faedah kepada umat manusia. Tentang ganjaran kasih sayang Allah s.w.t terhadap umat Islam yang mengasihi umat Islam yang lain dirakamkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam Hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w.

PRINSIP – PRINSIP PERSAUDARAAN DALAM ISLAM.

PERDAMAIAN.
Al-Quran secara khusus menghuraikan tentang prinsip pertama ini iaitu perdamaian atau hubungan yang baik. Di mana perdamaian atau berbuat baik antara satu sama lain di kalangan umat Islam itu mestilah berdasarkan kepada ketentuan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t iaitu segala akhlak yang terpuji sepertimana yang terkandung di dalam al-Quran. Hanya dengan iman dan taqwa hubungan yang baik itu benar-benar memenuhi syarat dan keperluannya di dalam ertikata yang sebenar. Kepentingan kedua-dua unsur itu tadi di dalam mengwujudkan perdamaian dan pengekalan prestasi persaudaraan tidak dapat dinafikan.

Di antara cara pengekalan prestasi perdamaian di dalam mengeratkan persaudaraan Islam ialah dengan setiap umat Islam mestilah sentiasa berniat, bercita-cita dan menjelmakan dalam bentuk tingkah laku dalam menggalakkan berkembang luasnya amal kebajikan. Dalam masa yang sama sentiasa melarang daripada melakukan kemungkaran. Kebenaran kenyataan ini terlalu menonjol sekali. Kerana jika seluruh individu umat Islam melakukan kebajikan dan tidak ada yang melakukan kemungkaran tentu kebaikan dan perdamaian sahaja yang wujud, sedangkan kehuru-haraan serta keburukan tidak timbul sama sekali.

Al-Quran selanjutnya menegaskan bahawa perdamaian sejagat di kalangan umat Islam itu akan dapat dicapai dan dinikmati bersama serta dikekalkan buat selama-lamanya jika setiap individu muslim berpegang teguh kepada agama Allah s.w.t Islam itu sendiri membawa erti perdamaian. Sekaligus Islam adalah merupakan parti tunggal yang dapat mengeratkan ikatan persaudaraan dan perdamaian dalam ertikata yang sebenarnya di kalangan manusia.

ASAS PERSAUDARAAN ISLAM.

1)Akhlak yang mulia.

Tidak dapat dinafikan lagi tentang betapa pentingnya akhlak dijadikan sebagai asas persaudaraan Islam. Akhlak boleh ditakrifkan di dalam ungkapan yang paling singkat sepertimana yang dikemukakan oleh Al-Ghazali sebagai segala laku perbuatan yang mulia yang berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadith.

Akhlak Umum :
Apabila memperkatakan akhlak yang umum, Al-Quran telah mempersembahkannya di dalam beberapa bentuk yang disenaraikan di bawah ini. :

a.Bercakap benar, tidak dusta adalah salah satu daripada sifat akhlak umum Islam yang disarankan oleh Al-Quran. Betapa pentingnya bercakap benar setiap masa dan tempat di dalam mengeratkan ikatan persaudaraan tiada siapa yang meraguinya. Kerana ia merupakan perkara yang dapat menimbulkan perasaan percaya mempercayai dan kasih sayang. Sedangkan dusta adalah merupakan pengkhianatan yang menghancur-luluhkan kasih dan menimbulkan kebencian.

b. Menjauhkan diri daripada melakukan segala yang mungkar dan keji adalah ciri akhlak umum Islam yang selanjutnya. Tidak dapat dinafikan terhapusnya amalan keji ini dapat mengeratkan ikatan persaudaraan. Kerana ia sentiasa menggalakkan berkembang perasaan kasih sayang, kebajikan, persefahaman dan menyuburkan perasaan saling hormat-menghormati.

c. Akhlak umum yang disarankan oleh Al-Quran selanjutnya ialah menggalakkan meluasnya perkara kebajikan dan berusaha menghapuskan kemungkaran. Tentang peranan kedua-dua unsur akhlak ini tadi di dalam pemupukan kasih sayang dan persaudaraan umat menonjol sekali. Kerana tiada manusia yang tidak suka kepada kebajikan. Setiap kali kebaikan yang diterimanya pasti ia merasagembira dan senang hati. Kebajikan yang berkekalan bertanggungjawab mencetuskan keamanan, kemakmuran, kesejahteraan, persaudaraan da perpaduan di kalangan umat Islam. Sedangkan ke semua unsure ini tidak saling bantu-membantu menuju ke arah kemesraan dan kasih sayang.

d. Perlaksanaan ibadat samada ibadat khusus atau ibadat umum. Manusia yang menyedari hakikat matlamat penciptaan dirinya iaitu untuk patuh menyembah dan menyerah diri kepada Allah s.w.t pasti akan terus sujud dan mengikut perintah-Nya dan meninggalkan segal larangan-Nya.

Akhlak Khusus :
a. Menekankan pentingnya penunaian janji. Kenyataan ini amatlah penting dan tepat sekali, di mana penunaian janji dapat mencetuskan perasaan kasih sayang dan terhutang budi. Perasaan inilah yang memainkan peranan yang agak penting di dalam menyemai, menyubur dan menghasilkan ikatan persaudaraan yang unggul.

b. Sifat tolong-menolong, bantu-membantu, bekerjasama dan sempurna menyempurnakan. Akhlak ini amatlah mustahak di dalam pengukuhan ikatan persaudaraan kerana tiada manusia yang dapat menyempurnakan keperluan hidup secara sendirian. Jester itu dengan wujud perasaan saling bantu-membantu dapat menyuburkan perasaan persaudaraan.

c. Akhlak khusus selanjutnya dijelaskan oleh Allah s.w.t sebagai merendah diri. Tawaduq dan hidup dalam keadaan sederhana (zuhud). Sebaliknya Allah s.w.t melarang daripada sifat bongkak, sombong, takbur, riak dan lain-lain. Sifat merendah diri tentu dapat menjadi tenaga yang kuat untuk mengeratkan perpaduan apabila orang yang merendahkan diri itu disukai dan tidak menimbulkan sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang lain.

2)Ikhlas.

Dari segi bahasa, perkataan ikhlas dalam bahasa Arab bererti kebersihan, kejernihan, kesucian dan kemurnian. Oleh itu laku perbuatan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan niat di hati ialah laku perbuatan yang bersih, jernih, suci dan murni.
Ikhlas dari segi istilah ialah pembersihan dan penyucian niat dari sebarang kekotoran dan penyakit yang menodai keikhlasan untuk taqarrub atau menghampirkan diri kepada Alla s.w.t semata-mata, dalam segala laku perbuat yang telah sedang dan akan dilaksakan.

3)Amanah.

Amanah dalan ertikata memelihara sesuatu yang diberikan kepercayaan kepada yang berhak menerimanya. Di dalam hubungan persaudaraan, segala sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada umat Islam yang diwajibkan pengagihannya kepada suadaranya adalah amanah yang mesti dipelihara dan disempurnakan.

4)Belas Kasihan.

Sifat ini dianggap cukup penting kerana tanpa sifat ini, masyarakat manusia menjadi masyrakat binatang yang suka melakukan kekejaman dan penindasan apabila ia berkuasa melakukannya. Allah s.w.t sememangnya mewajibkan agar umat Islam menghayati dan mengamalkan segala sifat-sifat kesempurnaan Allah s.w.t sepertimana yang terkandung dalam Asma ul-Husna. Digalakkan umat Islam menjiwai sebanyak dan sedalam yang mungkin. Kerana sifat belas kasihan sentiasa menuju ke arah peningkatan iman, taqwa dan amal soleh yang sekali gus berfungsi sebagai tali pengikat ikatan persaudaraan. Dijelaskan oleh Allah s.w.t sesiapa sahaja yang mempunyai sifat pengasih dan penyayang serta menaruh belas kasihan kepada makhluknya, diampuni oleh Allah s.w.t Mereka juga dipelihara oleh Allah s.w.t daripada azab api neraka.



------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

20 Sifat Yang Wajib Dan 20 Sifat Yg Mustahil

Oleh: Mohammad Syafiq Bin Omar

Cuma yang wajib diketahui dengan terperinci oleh setiap orang islam yang sudahh baligh dan berakal ialah 20 sifat. 20 sifat yang wajib (mesti ada pada Allah) dan 20 sifat yang mustahil (tidak mungkin pada Allah) juga 1 sifat yang harus (boleh ada-boleh tidak ada pada Allah Ta’ala.
Adapun sifat-sifat 20 yang mesti ada pada Allah Ta’ala dan 20 sifat yang mustahil pada Allah itu ialah :-
1. WUJUD ertinya ada wajib Tuhan ada. Mustahil Tuhan tidak ada, bukti Tuhan itu ada ialah alam keseluruhan ini. Kalau Tuhan yang menjadikan alam tidak ada, tentulah alam juga tidak ada. Kita melihat dengan mata kepala kita adanya alam. Ini suatu bukti bahawa yang menjadikan ada. Yang menjadikannya iaitu Tuhan. Kalu kita melihat suatu rumah sudah jadi, bagus kelihatannya, sudah tentu kita yakin bahawa ada tukang yang membuatnya.
2. QIDAM ertinya Tuhan bersifat qidam iaitu tiada permulaan adaNya. Mustahil Ia berpermulaan adaNya kerana kalau ia berpermulaan adaNya maka samalah Ia dengan makhluk. Kalau Ia sama dengan makhluk. Kalau Ia sama dengan makhluk maka Ia bukan Tuhan.
3. BAQA ertinya Tuhan bersifat baqa ialah kekal selama-lamanya, mustahil Ia akan lenyap. Tuhan tidak mungkin habis, kalau ia habis maka siapakah yang menjadi Tuhan sesudahNya? Tuhan kekal buat selama-lamanya dan Ia akan mengekalkan pula syurga dan neraka bersama penghuni-penghuninya.
4. MUKHALAFATUHU TA’ALA LIL HAWADIS. Tuhan bersifat Mukhalafatuhu Lil Hawadis, ertinya tuhan berlainan dengan sekelian makhluk, mustahil Ia serupa dengan makhlukNya. Kalau Tuhan serupa dengan makhluk maka Ia bukan Tuhan lagi kerana itu mustahil (tidak mungkin) Ia serupa. Tuhan Maha besar, Maha Tinggi, Maha Agung dengan segala kebesaran, ketinggian dan keagunganNya tidak ada suatu jua diantara makhluk yang menyerupaiNya dalam kebesaran. Ketinggian dan keagunganNya.
5. QIYAMUHU BINAFSIH. Tuhan adalah bersifat QIyamuhu Binafsih, ertinya bahawa Tuhan berdiri sendiri tidak memerlukan pertolongan orang lain, mustahil Ia memerlukan pertolongan orang lain. Kalau Ia memerlukan pertolongan orang lain, maka Ia adalah lemah tidak sempurna dan tidak berhak jadi Tuhan. Tuhan adalah berkuasa, gagah, tegak berdiri sendiri tak memerlukan pertolongan siapa juapun.
6. WAHDANIAH. Tuhan bersifat Wahdaniah ertinya Esa. Tuhan Allah Maha Esa. Mustahil Ia berbilang (banyak). Kalau Ia banyak tentu timbul perselisihan atau perbezaan faham antara mereka dan akan binasalah ala mini kerana yang satu membawa kehilir dan yang lain membawa kehulu.
7. QUDRAT. Tuhan bersifat Qudrat ertinya kuasa, mustahil Ia lemah (dhaif). Kalau Ia lemah tentu makhlukNya tidak akana menjadi dan lemah maka itu bukan Tuhan.
8. IRADAH. Tuhan bersifat Iradah ertinya menetapkan sesuatu menurut kehendakNya, mustahil Ia tidak menurut kehendakNya dan mustahil Ia dipaksa kekuatan lain, maka Ia bukan lagi Tuhan kerana Ia suatu yang lemah.
9. ILMU. Tuhan bersifat Ilmu ertinya berpengetahuan. Tuhan tahu seluruhnya, tahu yang telah dijadikanNya dan tahu yang akan dijadikanNya. Mustahil Ia tidak tahu, kalu Ia tidak tahu tentulah Ia tak dapat mengatur ala mini. Sekarang ternyata bahawa alam ini mengikut relnya dengan teratur dan rapi yangmembuktikan bahawa yang memegangnya dan mengaturya adalah Tuhan yang Maha Mengetahui, yang Maha Pandai dan yang Maha Cerdik.
10. HAYAT. Tuhan bersifat dengan Hayat ertinya Hidup. Mustahil Ia mati. Kalau Ia mati nescaya akan binasalah alam ini kerana tiada yang mengemudikannya lagi, kerana itu mustahil Ia mati. Sebuah kereta yang sedang bergerak, kalau pemandunya mengantuk saja akan terjunlah keretanya itu kedalam jurang, apalagu kalu pemandunya mati. Alam yang luas ini, matahari dan bulan, planet-planet yang berjalan diruang angkasa, kalau tiada Tuhan yang mengatur nescaya akan binasalah dan hancur luluhlah kita semua.
11. SAMA’. Tuhan itu bersifat Sama’ ertinya mendengar. Mustahil Ia tuli. Tuli adalah sifat kekurangan, tidak masuk akal kalau Tuhan mempunyai sifat kekurangan. Jadi Raja juga tidak mungkin orang tuli, apalagi jadi Tuhan. Tuhan melihat dan mengetahui, melihat semuanya dan mengetahui, melihat semuanya dan mengetahui segalanya, tiada sesuatu yang tersembunyi bagiNya. Kerana itu jangan membuat dosa terhadapnya, baik sendiri apalagi dihadapan umum kerana Tuhan melihat dan mendengar semuanya itu.
12. BASHAR. Tuhan bersifat Bashar ertinya melihat. Mustahil Ia buta. Buta ialah sifat kekurangan, amat suci Tuhan daripada sifat kekurangan. Kalau Ia buta tentu kacau bilau segala macam urusanNya. Disamping Allah mendengar dan melihat gerak geri dari sekelian makhluknya, juga Tuhan mengirimkan pula dua orang malaikatNya (kiraman Katibin) untuk menulis amal pekerjaan makhlukNya.
13. KALAM. Tuhan bersifat Kalam ertinya berkata-kata. Mustahil Ia bisu. Kalau tuhan bisu mustahil Ia dapat memerintah dengan baik. Tuhan mempunyai sifat berkata-kata. Sifat-sifat ini termasuk sifat kalam adalah sifat-sifat Qadim yang berdiri atas zat yang qadim, iaitu zat Tuhan. Al – Quran itu adalah sifat Tuhan yang Qadim, bukan hadith, bukan makhluk, bukan ciptaan sebagaimana fahaman kaum Mu’tazilah. Adapun yang tertulis dan dibaca yang terletak didalam Mashhaf maka itu adalahgambaran Quran yang qadim itu, kita tidak boleh mengatakan quran makhluk, walaupun yand dimaksudkan kepada perkataan tertulis diatas mashaf itu, kerana perkataan itu adalah gambaran dari kata Allah yang qadim
14. KAUNUHU QADIRAN. Tuhan bersifat Kauhuhu Qadiran ertinya tetap selalu dalam keadaan berkuasa. Mustahil Ia dalam keadaan lemah. Oleh kerana Tuhan mempunyai sifat Qudrat maka Ia tetap selalu dalam keadaan berkuasa, tidak pernah berhenti sekejap matapun.
15. KAUNUHU MURIDAN. Tuhan bersifat dengan Kaunuhu Muridan ertinya dalam keadaan menghendaki. Mustahil Ia dalam keadaaan tidak menghendaki. Oleh kerana Allah bersifat Iradah maka Ia selalu dalam keadaan menghendaki.
16. KAUNUHU ‘AALIMAN. Tuhan bersifat Kaunuhu ‘Aaliman ertinya tetap selalu dalam keadaan mengetahui. Mustahil Ia dalam keadaan tidak mengetahui. Oleh kerana Tuhan mempunyai sifat Ilmu maka Ia tetap selalu dalam keadaan berilmu.
17. KAUNUHU HAYYAN. Tuhan bersifat Kaunuhu Hayyan ertinya Tuhan tetap selalu dalam keadaan hidup. Mustahil Ia dalam keadaan mati. Oleh kerana Tuhan mempunyai sifat Hayat maka Ia selalu dalam keadaan hidup.
18. KAUNUHU SAMI’AN. Tuhan bersifat Kaunuhu Sami’an ertinya Tuhan tetap selalu dalam keadaan mendengar. Mustahil Ia dalam keadaan tuli. Oleh kerana Tuhan mempunyai sifat sama’ maka Ia selalu dalam keadaan mendengar.
19. KAUNUHU BASHIRAN. Tuhan bersifat Kaunuhu Bashiran ertinya Tuhan tetap selalu dalam keadaan melihat. Mustahil Ia dalam keadaan buta kerana Tuhan mempunyai sifat Bashar meka Ia selalu dalam keadaan melihat.
20. KAUHUHU MUTAKALLIMAN. Tuhan bersifat Kaunuhu Mutakalliman ertinya Tuhan tetap selalu dalam keadaan berkata-kata. Mustahil Ia bisu. Oleh kerana Ia mempunyai sifat kalam, maka Ia tetap selalu dalam keadaan berkata-kata.

Inilah yang dinamakan oleh Ahlusunnah Wal Jama’ah dengan sifat Allah yang dua puluh yang wajib diketahui dan diyakini seyakin-yakinnya oleh setiap Muslim yang akil baligh.

Kalau sudah menyakini sifat 20 yang mesti ada pada Tuhan dengan sendirinya kita mengetahui sifat 20 yang mustahil pada Allah iaitu lawan dari sifat dua puluh tadi.

Dengan mengetahui 20 yang wajib dan 20 yang mustahil maka kita sudah membayarkan yang bertalian dengan Iktikad tentang Ketuhanan. Tinggal satu sahaja lagu iaitu yang “Harus” bagi Allah. Ertinya harus disini ialah boleh Ia kejakan dan boleh tidak. Tuhan harus (boleh membuat dan boleh pula tidak membuat)
Sekelian pekerjaan yang mungkin diadakan. Tuhan tidak dipaksa untuk membuat atau untuk tidak membuat.

Tuhan berfirman menyatakan sifat ini Maksudnya: “kalau Ia mengkehendaki Ia boleh mengasihi kamu dan kalau Ia menghendaki Ia boelh menyeksa kamu”.

Demikian sifat 20 yang wajib, 20 sifat yang mustahil dan 1 sifat yang harus bagi Tuhan semesta alam yang wajib diketahui secara mendalam oleh setiap insane Muslim yang sudah baligh dan berakal. Orang yang tidak mengetahui secara mendalam sifat-sifat ini, nescaya ia tidak akan mengerti dan tidak akan yakin hal-hal yang bertalian dengan Tuhan atau Ketuhanan Yang Maha Esa.

TUMPUAN IMAN KITA

Iman hendaklah kita tumpukan kepada rukun Iman yang disebutkan di dalam ayat al-Quran yang tercatat di permulaan tajuk ini iaitu hendaklah kita beriman dengan perkara-perkara di bawah ini:-

1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada kitabNya
4. Beriman kepada RasulNya
5. Beriman kepada hari akhirat
Beriman kepada Qadho’ dan Qadha baik dan jahat dari Allah Ta’ala



------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Kemiskinan Yang Menyebulugi Sesetengah Rumah

Oleh: Hamba Allah

Seperti yang kita maklum sekiranya terdapat anak yang tidak dapat mengecap kehidupan yang selesa seperti kekurangan makanan dan apabila dia mendapati semuanya susah, miskin dan tidak punya apa ketika itu tidak syak lagi dia akan meninggalkan rumah tersebut untuk mencari rezeki dan kemewahan. Pada ketika itulah dia akan ditangkap oleh tangan-tangan jahat dan dikelilingi oleh gejala kemerbahayaan. Akibatya anak itu mula terkenal sebagai penjenayah dan menjadi bahaya kepada orang ramai, kekayaan dan harta benda.
Islam telah mensyariatkan secara adil dengan asas-asas yang terjamin untuk memerangi kemiskinan serta menentukan hak kehidupan yang mulia bagi setiap insan. Islam turut meletakkan dalam pensyariatnya undang-undang yang bakal menjamin setiap individu dengan batas yang sederhana dari tmpat tiggal, makan minum dan pakai. Masyarakat muslim juga diajar dasar-dasar amali utuk membasmi kemiskinan hingga ke akar umbinya.
Umpamanya menjamin kerja bagai setiap warganegara serta memberikan elaun bulanan dari Baitulmal(treasury)untuk setiap orang yang tidak berdaya bekerja. Islam juga meetapkan undang-undang social welfare bagi setiap ayah yang mempunyai kelarga yang besar dan anak-anak yang banyak. Islam tidak ketinggalan melindungi anak-anak yatim, janda-janda dan orang-orang tua dengan cara yang dapat memelihara kehormatan kemanusiaan mereka serta merealisasikan bagi mereka kehidupan yang utama.
Seterusnya kepada cara-cara lain juga andaikata dapat dilaksanakan peringkat demi peringkat nescaya akan terhapuslah dalam masyarakat Islam itu segala gejala-gejala jenayah, pelarian dan keterlantaraan juga akan terbasmi hingga ke akar umbinya semua sebab-sebab kemiskinan.

PERCAMPURAN YANG BERBAHAYA KEPADA ANAK-ANAK

Antara gejala besar yang menyebabkan penyelewengan anak-anak ialah memilih teman-teman jahat dan percampuran orang-orang yang rosak moralnya, terutama sekali jika ana itu lurus, kurang kepercayaan terhadap diri sendiri dan pincang kelakuannya. Maka dengan mudah dia akan terpengaruh dan meniru kelakuan yang rendah moralnya seterusnya penyelewengan tersebut menjadi sebati dalam dirinya.
Islam telah memberi panduan yang berupa pendidikan kepada ibu bapa dan para pendidik untuk memerhatikan anak-anak secara teliti dan sempurna terutama sekali semasa usia tamyiz dan pergkat umur dewasa agar mereka mengetahui denga siapa anak-anaknya bercampur dan kemana mereka pergi serta tempat bagaimana mereka habiskan masa.
Begitu pula Islam menuntut ibu bapa untuk memiih persahabatan yang baik bagi anak-anak mereka agar aak tersebt dapat mencontohi segala budi pekeri yang mulia, kelakuan yang tingg dan adat kebiasaan yang terpuji.
Di samping itu hendaklah mereka mengecam anak-anak mereka daripada percampuran dengan t
teman-teman jahat, agar mereka terselamat dari tali-temali kesesatandan peragkap serta tipu daya mereka.

Berikut merupakan petunjuk-petunjuk Islam dalam pengecaman terhadap teman jahat yag merosakkan:
-Nabi s.w.t. berkata seperti yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi:
“Manusia itu sentiasa menurut kelakuan temannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang dia berkawan dengannya ”
-“Manusia bersama yang dia suka, dan baginya apa yang diusahakan”
-Berkata Nabi s.w.t. seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Asakir:
-“Awas anda berkawan dengan teman yang jahat, nanti anda menjadi jahat”

Alangkah baiknya bagi para ibu bapa mengambil semua petunjuk yang mulia ini supaya mereka dapat memperbaiki keadaan anak-anak mereka, meniggikan kelakuan mereka seterusnya membawa kepada kemuliaan nilai dalam masyarakat itu sendiri.

PERLAKUAN IBU BAPA YANG TIDAK BAIK TERHADAP SI ANAK

Terdapat sesetengah ibu bapa yang memperlakukan anak mereka secara berlebih-lebihan ke atas anak mereka seperti mendera dan memekul dan ada yang turut memaki, menghamun anak-anak mereka sendiri. Keadan ini ditakuti akan mengundang keburukan terhadap gerak geri dan perlakuan anak itu. Adakalanya hal ini boleh mengundang kepada membunuh diri atau membuuh kedua ibu bapa mereka sendiri dan mungkin melarikan diri dari rumah tanpa kembali kerana hendak mengelakkan diri daripada kekerasan zalim yang ditanggungnya.
Islam menyuruh terutamanya ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mereka dengan melegkapkan diri dengan sifat-sifat mulia, lemah-lembut dan belas kasihan agar anak mereka membesar di atas jalan yang lurus dan terdidik

Berikut petunjuk-petunjuk Islam di dalam akhlak yang tinggi dan perlakuan belas kasihan dalam pergaulan:

Firman Allah s.w.t. : “Sesungguhnya llah menyuruh menjalankan keadilan, berbuat baik dan member kepada kaum kerabat” (An-Nahl: 90)

“Andaikata engkau berbudi kasar, berhati bengis nescaya mereka akan lari dari sisimu” (Al-Imran: 134)

Sabda Rasulullah s.a. yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari: “Sesungguhnya Allah sangat suka sifat berlembut pada semua perkara”

Adalah wajar sekali bagi setiap ibu bapa melaksanakan petunjuk Islam sekiranya mereka mahu kehidupan anak-anak yang mulia dan disanjung masyarakat.
Adapun jika mereka mengambil jalan yang begkok atau membuat kekerasan sebenarnya merekalah yang membuat jenayah ke atas anak mereka sendiri. Bahkan mereka akan mendapati anak-anak mereka menyeleweng, menderhaka dan liar disebabkan oleh mereka sendirilah yang telah menanam bibit-bibit kerosakan ke dalam jiwa anak-anak mereka sejak kecil lagi.

MENONTON FILEM-FILEM JENAYAH DAN SEKS

Di antara gejala-gejala yang menyebabkan berlakunya kepincangan dan kerosakan moral ialah membiarkan anak-anak menonton filem-filem lucah atau cerita-cerita yang berunsur keganasan. Kemuian mereka membaca pula majalah-majalah lucah atau cerita-cerita yang menaikkan nafsu. Semua ini merupakan penyelewengan yang merosakkan akhlak orang-orang tua apatah lagi bagi anak-anak kecil yang baru berusia belasa tahun.
Dan memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa anak itu nanti apabila membesar dan berakal maka gambaran ini akan melekat dalam lalu menghayalkannya pemadangan tersebut da cuba untuk diikutinya.

Allah s.w.t. berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dar api neraka” (At-Tahrim: 6)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda: “Orang lelaki bertanggungjawab di dalam rumah isterinya dan dia akan ditanya tentang isi rumahnya ” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jelaslah kini bahawa menurut semua prinsip-prinsip Ilmiah ini serta dasar pendidikan yang baik, maka wajiblah ayah atau orang yang bertanggungjawab melarang anak-anak mereka pergi menonton filem-filem seks atau luah.
Juga hendaklah mereka melarang anak-anak itu daripada membeli majalah lucah atau yang menarik kepada ilhad dan kufur serta menarik mereka kepada kerendahan moral dan jenayah.

APABILA KEDUA IBU BAPA MEMBIARKAN TUGAS MENDIDI ANAK

Faktor kelalaian ibu bapa dalam memperbaiki sahsiah anak-anak juga memberikan sumbangan yang besar terhadap penyebab penyelewengan anak-anak pada masa kini. Ketiadaan masa dalam mendidik anak tidak seharunya menjadi punca bagi ibu bapa untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Ibu terutamanya hendaklah melaksanakan tanggungjawab ke atas orang yang dipeliharanya dan wajib memberi petunjuk yang betul.

Seperti kata-kata seorag penyair yang berbunyi:
“Ibu itu laksana sekolah jika anda menyediakannya. Samalah seperti anda menyediakan suatu umat yang baik keturunannya. ”

Rasulullah s.a.w. telah menamakan sang ibu dalam hal tanggungjawab ini, sebagaimana berbunyi sabdanya:
“Dan ibu beraggungjawab di rumah suaminya, dan dia akan disoal tetang tanggungjawabnya”

Semua ini adalah untuk mengingatkannya supaya bekerjasama dalam menyediakan generasi baru. Jika sang ibu dan ayah cuai dalam kewajipannya terhadap pendidikan anak, tidak syak lagi anak-anak terbiar dan berlakulah anasir-anasir jahat. Tambahan pula, jika si iu bapa sibuk menghabiskan masa dengan membuat dosa dan maksiat serta terjerumus dalam keruntuhan akhlak. Islam telah menggariskan tanggungjawab mendidik anak-anak di atas pundak ibu bapa dan mengancam mereka dengan sesksaan yang berat seandaiya hal ini diambil mudah atau mencuaikannya:

Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka, kayu bakarnya ialah manusia dan batu-batu, penjaganya ialah Malaikat yang kasar dan keras, mereka tiada bermaksiat kepada Allah akan apa yang diperintahkan kepada mereka dan mereka melaksanakan apa saja yang disuruh ”(At-Tahrim: 6)

Rasulullah telah menguatkan perintahnya megenai masalah ini dalam banyak hal dan wasiat. Brikut merupakan beberapa perintah dan peunjuknya:
-Lelaki bertanggungjawab ke atas isterinya dan dia akan ditanya tentang tanggungjawabnya. Dan isteri bertanggungjawab atas rumah suaminya dan dia akan dipertanggungjawabkan tentang tanggungjawabnya.(Riwayat Al-Bukhari da Muslim)
-Lengkapkanlah anak-anak kamu dengan adab susila dan perbaikilah adab mereka.(Riwayat Ibu Majah)
-Ajarlah anak-anak kamu dan isteri-isteri kamu kebaikan dan jagalah adab mereka. (Riwayat Abdul Razak dan Said bin Mansur)
-Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menurut perintah dan menjauhi larangan dan yang demikian itu adalah benteng mereka daripada api neraka. (Riwayat Ibnu Jarir)



------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Halal dan Haram

Oleh: Nur Izzati Bt. Ibrahim

HALAL DAN HARAM
Halal dan haram sudah dikenali di kalangan manusia semenjak dahulu lagi, semenjak Allah mengutus manusia ke permukaan bumi. Walaupun terdapat beberapa perbezaan di kalangan mereka mengenai sebab-sebab dan jenisnya. Bahkan ada di kalangan mereka yang mengharamkan sesuatu itu berdasarkan dongeng dan khurafat. Kemudian Allah Taala menurunkan agama kepada manusia melalui para Rasul-Nya dengan membawa peraturan dan undang-undang berkenaan dengan halal dan haram, bagi mengengkat martabat manusia dan membasmi kepercayaan-kepercayaan khurafat dan dongeng-dongeng yang masih terdapat dikalangan mereka. Bagaimanapun, sebahagian daripada yang halal dan yang haram itu disesuaikan dengan keadaan lingkungan dan ianya berkembang mengikut perkembangan akal dan tamaddun manusia.
Islam telah memberikan sesuatu batas tertentu untuk menentukan halal dan haram, iaitu dengan melucutkan hak tersebut dari tangan manusia, walau betapapun tingginya kedudukan manusia tersebut dalam bidang agama mahupun duniawinya. Hak tersebut semata-mata berada di tangan Allah. Barangsiapa yang mencuba tampil dengan mengatakan bahawa ini haram dan ini halal, tanpa berdasarkan kepada Al-Quran dan As Sunnah, bererti talah melanggar sempadan haknya selaku makhluk, dan menetang hak Allah dalam menetapkan perundangan untuk umat manusia. Allah Taala juga telah mengecam orang-orang musyrik yang berani mengharamkan dan menghalalkan tanpa izin-Nya, sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran, yang bermaksud :
“ Katakanlah! Apakah kamu sudah mengetahui sesuatu yang diturunkan Allah untuk kamu daripada rezeki, kemudian kamu jadikan daripadanya itu haram dan halal.? katakanlah! Apakah Allah telah member izin kepadamu, ataukah kamu memang berdusta atas (nama) Allah?”
Mengharamkan sesuatu yang halal boleh disamakan dengan mempersekutukan Allah (syirik). Inilah sebabnya al-Quran menetang keras sikap orang-orang musyrikin Arab terhadap sekutu-sekutu (berhala) mereka, dan sikap mereka yang berani mengharamkan atas diri mereka makanan dan binatang yang baik-baik, padahal Allah tidak mengizinkan perbuatan itu. Terdapat pelabagai jenis halal dan haram yang boleh dibahagikan termasuk halal dan haram di dalam kehidupan yang mungkin tidak semua manusia sedar di atas perbuatan tersebut.
Jenis halal dan haram yang pertama ialah halal dan haram dalam bidang mata pencarian. Allah Taala telah memanfaatkan bumi ini bagi manusia mencapai sesuatu yang diingininya. Maka hendaklah manusia memanfaatkan nikmat Allah ini dengan sebaik-baiknya serta berusaha sesuai dengan bidang dan kemampuannya. Setiap muslim tidak dihalalkan bermalas-malas mencari rezeki bagi keperluan hidupnya dan ahli keluarganya dengan alasan kerana sibuk beribadah. Tidak dihalalkan juga bagi seseorang muslim menggantungkan dirinya kepada orang lain seperti meminta-minta atau menunggu sedekah orang lain kepadanya sedangkan dia masih mampu untuk menanggung orang-orang yang berada bawah tanggungannya.
Perbuatan meminta-minta adalah perbuatan yang tidak disukai dalam islam. Islam menganjurkan umatnya untuk bekerja bagi memelihara martabat dirinya. Bagi seorang muslim, dibolehkan melakukan pekerjaan apa saja asalkan halal seperti bertani, berniaga, mendirikan kilang dan seumpamanya. Dalam setiap bidang pekerjaan itu ada segi-segi yang boleh mengharamkannya.
Sebagai contoh di dalam bidang pertanian, perkara yang diharamkan adalah seperti mengusahakan lading yang diharamkan oleh Allah seperti lading ganja (hasyisy), menanam anggur untuk dijadikan arak dan lain-lain. Pemilik tanah boleh mengusahakan tanahnya sendiri atau meminjamkan kepada orang lain untuk menguruskannya jika pemilik sibuk. Jika menjadi pegawai pula, hendaklah menjadi pegawai yang tidak membahayakan kaum muslimin seperti sesorang muslim tidak halal bekerja sebagai tentera yang memusuhi islam.Oleh itu, hendaklah mereka menjadi pegawai yang amanah dan tidak menerima atau memberi rasuah.
Pekerjaan yang diharamkan oleh islam pula ialah melacur. Menjadi pelacur telah menjadi kebiasaan masyarakat jahiliyyah dahulu. Selain itu, mengukir dan membuat salib juga haram di sisi islam. Rasulullah s.a.w telah bersabda :
“ barangsiapa yang menggambar suatu gambar, maka nanti Allah Taala akan menyiksanya, sehingga dia dapat meniupkan roh kepadanya, sedangkan dia tidak akan mampu meniupkan roh (kepada gambar yang dibuatnya itu) ”
Membungakan wang juga salah satu pekerjaan yang haram di sisi islam. Islam mengharamkan sesorang yang meminjamkan wangnya kepada orang lain, dengan syarat peminjam dikehendaki memberi keuntungan ketika membayarnya, seperti lima persen dan sebagainya. Hukum wang itu adalah riba.
Jenis halal dan haram dalam islam yang kedua pula ialah halal dan haram dalam lapangan muamalah. Apabila sesuatu itu dihukumkan haram, maka memperjual belikannya adalah haram dan wang hasil penjualannya juga adalah haram. Islam memberikan kebebasan pasaran dan menyerahkannya kepada hukum naluri tetapi jika keadaan pasaran tidak normal, umpama kerana penyimpangan barang oleh sebahagian perniaga, maka ketika itu hendaklah di dahulukan kepentingan umum daripada kepentingan perseorangan. Pihak berkuasa hendaklah bijaksana dalam menetapkan harga sehingga tidak merugikan kedua-dua belah pihak dengan meletakkan harga yang adil dan saksama dan jangan membiarkan suatu pihak berlagu zalim terhadap pihak lain dengan meletakkan harga sesuka hati.
Adalah haram jika mengurangkan sukatan dan timbangan di dalam islam. Islam menyuruh manusia menyempurnakan sukatan dan timbangan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
“ Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan jujur, kerana Kami tidak memberati seseorang melainkan menurut kemampuannya. ”
Selain itu, seseorang muslim tidak dihalalkan membeli barang hasil rompakan mahupun curian dan hukumnya sama dengan merompak dan mencuri. Dosa ini tidak akan terhapus kerana lamanya barang yang dicuri dan dirompak itu kerana menurut pandangan syariat islam, lamanya waktu itu tidak akan menjadikan sesuatu yang haram itu menjadi halal, sedangkan hak milik pemilik asalnya tidak akan gugur dengan berlalunya waktu itu.
Jenis-jenis jual beli yang diharamkan adalah seperti Bai’ Bi al-‘Inah iaitu jual beli yang dilakukan oleh seseorang dengan pembeli secara hutang, kemudian barang itu dijual semula kepada pemilik barang itu dengan harga yang kurang daripada harga belinya dan dibayarnya dengan tunai. Kedua, Bai’ Bi al-Half iaitu jual beli secara bersumpah. Seorang penjual banyak bersumpah dalam menawarkan barang jualannya kepada pembeli. Rasulullah s.a.w. melarang penjual bersumpah dalam melakukan barang jualannya. Ketiga ialah Bai’ Bi al-Ikrah iaitu jual beli yang dilakukan kerana adanya paksaan daripada pihak ketiga. Jual beli seperti ini bertentangan dengan prinsip jual beli dalam syariat islam, yang menyatakan bahawa jual beli itu mestilah berlaku dalam keadaan saling meredai atau dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perkara halal dan haram yang ketiga pula ialah halal dan haram dalam makanan dan minuman. Pada zaman Jahiliyyah, orang-orang Arab mengharamkan sebahagian haiwan kerana kotor dan sebahagiannya pula mengharamkan haiwan kerana ada hubungannya dengan masalah peribadatan seperti bahirah, saibah dan ham. Melalui firman-Nya, Allah Taala memanggil manisua supaya suka memakan hidangan besar yang baik yang telah disediakan oleh Allah kepada mereka. Supaya manusia tidak mengikut jejak syaitan yang selalu menggoda manusia supaya mengharamkan kebaikan-kebaikan yang dihalalkan Allah.
Antara binatang yang diharamkan ialah binatang yang dicekik, di pukul, yang mati dimakan binatang buas adalah termasuk dalam pengertian bangkai. Begitu juga binatang yang disembelih untuk berhala dalah semakna dengan yang disembelih bukan kerana Allah. Allah Taala telah menyatakan di dalam firman-Nya bahawa bangkai binatang itu adalah haram iaitu binatang yang mati dengan sendirinya tanpa disembelih mengikut syariat Islam atau kerana berburu.
Makanan kedua yang diharamkan ialah darah yang mengalir kerana darah itu kotor. Diyakini juga bahawa darah itu akan menimbulkan penyakit atau bahaya kepada sesiapa yang memakannya. Selain itu, daging babi juga adalah haram dan najis. Memakan daging babi itu salah satu penyebab wujudnya cacing pita yang bahaya bagi manusia.
Adapun yang dimaksudkan dengan keharaman bangkai adalah haram memakannya. Manakala memanfaatkan kulit, tanduk, tulang atau rambutnya tidak terlarang. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud, bahawa menyamak kulit menjadikan kulit kambing tersebut menjadi halal.
Khamar atau arak adalah merupakan bahan yang mengandungi alcohol yang memabukkan. Arak itu boleh menghalang seseorang untuk menunaikan kewajipan agamanya yang bersifat rohaniyyah seperti melakukan zikir. Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa memperjualbelikan arak juga adalah haram. Oleh yang demikian adalah haram hukumnya bagi orang islam untuk mengimpot arak, menjual arak, membuat arak atau bekerja di kedai yang menjual arak. Rasulullah s.a.w. bersabda bagi memperjelas firman Allah yang termaktub dalam surah al-Maidah ayat 90-91 yang berbunyi :
“ Sesungguhnya Allah Taala telah mengharamkan arak, maka barang siapa yang telah mengetahui ayat ini dan dia masih mempunyai arak walaupun sedikit, maka janganlah dia meminumnya dan jangan pula menjualnya.”
Selain itu, pekara yang halal dan haram ialah di dalam hiburan dan permainan. Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa dalam islam ini juga ada masa untuk berhibur. Bahkan Rasulullah s.a.w. mengatakan, Baginda diutuskan oleh Allah dengan suatu agama yang bertimbangrasa. Islam tidak melarang ummatnya untuk berhibur dan bermain, namun Islam memberikan batas-batasnya agar permainan dan hiburan yang dilakukan tidak bercampur dengan perbuatan yang dilarang dan melalaikan seseorang dalam melaksanakan kewajipannya kepada Allah.
Jenis-jenis permainan yang dihalalkan adalah seperti lumba lari, memanah, gusti, menunggang kuda, bermain pedang, berburu dan lain-lain lagi. Rasulullah pernah memberikan dorongan kepada pemanah-pemanah dengan sabda Baginda yang berbunyi :
“ Hendaklah kamu belajar memanah, kerana memanah itu adalah sebaik-baik permainan kamu.”
Islam juga membenarkan ummatnya berhibur dan bermain, namun perkara itu hendaklah dilakukan dengan sekadarnya. Perlu diketahui oleh kaum muslimin masa kini bahawa nilai dan makna hiburan sekarang sudah dipesongkan oleh musuh-musuh islam menjadi salah satu cara untuk merosakkan akhlak kaum muslimin. Ini adalah kerana sebahagian besar perfileman antarabangsa didominasi oleh Yahudi.
Pandangan Islam tentang menyanyi dan bermain muzik pula ialah nyanyian adlah suatu hiburan yang boleh menyenangkan jiwa. Islam tidak melarang nyanyian, selama nyanyian itu tidak dicampuri oleh bahasa yang kotor, bahasa yang merangsang nafsu seksual dan seumpamanya. Adapun nyanyian dan muzik yang dikatakan sebagai haram dan makhruh oleh para ulama ialah nyanyian atau muzik yang berlebih-lebihan disertai dengan meminum ara, percampuran antara lelaki dan perempuan serta berlakunya perbuatan haram. Sebagaimana yang dimaksudkan oleh Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud:
“ Dan sebahagian manusia ada yang menggunakan lahw al-hadis (perkataan-perkataan yang tidak berguna) untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu sebagai bahan olok-olok. Mereka akan memperoleh seksa yang hina. ”

Jenis-jenis halal dan haram yang terakhir pula ialah halal dan haram dalam kepercayaan dan tradisi. Akidah awal yang ditanamkan oleh islam ke dalam jiwa ummatnya ialah bahawa alam semesta yang didiami manusia ini tidak berjalan dengan sendirinya tanpa aturan dan bimbingan. Firman Allah Taala yang bermaksud:
“ Katakanlah.! tidak ada yang dapat mengetahui perkara yang ghaib di langit mahupun di bumi melainkan Allah. ”
Islam tidak hanya membatasi dosa itu untuk tukang nujum saja, tetapi orang yang datang dan bertanya kepada mereka juga dikira sebagai orang yang sudah sesat bersama tukang nujum tersebut. Andainya ada orang yang mengaku mengetahuinya melalui ilmu nujum dan teleknya, maka orang itu perlu diragui keimanannya.
Sehubungan dengan itu, maka islam juga mengharamkan sihir dan menetang keras perbuatan sihir. Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa sihir adalah salah satu dosa besar yang boleh menghancurkan suatu kaum. Termasuk dalam kategori kepercayaan yang diharamkan dalam islam ialah memakai tangkal atau menggantungkan tangkal di rumah dengan beranggapan bahawa tangkal itu boleh menyembuhkan penyakit atau melindungi diri daripada sesuatu bahaya.
Sebagai umat islam juga, kita diharamkan untuk merayakan Hari Valentine kerana ia bukan tradisi islam. Hari valentine adalah hari yang diperingati bagi generasi muda kristian pada setiap tanggal 14 Februari dengan tema saling mencurahkan kasih saying berpunca daripada kematial salah seorang paderi di Rom yang bernama Valentino. Malahan hari ini juga diperingati oleh kaum muda seluruh dunia sebagai hari kekasih termasuk juga pemuda-pemudi Islam yang seakan-akan digalakkan oleh media massa yang sepatutnya tidak perlu sibuk dengan hari kematian paderi Valentino itu.
Islam sentiasa memiliki hari kasih saying tanpa memilih hari-hari tertentu. Kasih saying dalam Islam sepanjang masa dan ketika sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“ Tidak beriman salah seorang daripada kamu, hingga dia mengasihi saudaranya (sesama islam) sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri ”



------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Ciri-Ciri Mukmin Sejati

Oleh: Nurul Nabila Bt Zulkifli

Iman menurut bahasa bererti kepercayaan, lawannya dusta. Umpamanya satu kaum beriman dan satu kaum lagi mendustakannya. Menurut Ibnu Astir, mukmin di dalam 99 nama Allah Taala bermaksud orang yang mempercayai Allah dan janji-janjiNya. Itulah maksud keimanan atau kepercayaan. Atau mereka mempercayai wujudnya hari Kiamat dan seksaan Allah. Menurut Zajjaj, “Iman ialah melahirkan ketaatan dan penerimaan terhadap syariat Ilahi dan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w iaitu meyakini dan mempercayainya dengan hati. Maka orang yang bersifat dan berkeyakinan seperti ini, merekalah orang yang mukmin, bukan orang yang penuh dengan keraguan dan kebimbangan. Mereka akan dapat melaksanakan perkara-perkara yang fardhu. Perkara-perkara itu adalah wajib tanpa sebarang keraguan dan kebimbangan sedikitpun di dalam hati mereka.
Iman; hendaklah kita percaya kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya dan hari Akhirat dan hendaklah kita percaya dengan qadar ketentuan baik dan buruknya. Rasulullah s.a.w telah menjelaskan agama itu mempunyai tiga peringkat: Peringkat pertama ialah Ihsan, peringkat kedua iaitu peringkat pertengahan ialah Iman dan peringkat ketiga ialah Islam. Maka setiap muhsin adalah mukmin. Setiap mukmin itu adalah muslim. Tetapi tidak setiap mukmin itu muhsin dan tidak setiap muslim itu mukmin.
Beberapa untaian ayat-ayat Allah Taala dan hadis yang membahaskan tentang iman dan orang-orang mukmin, menyatakan bahawa iman itu merupakan gerakan, perbuatan dan getaran hati yang besar, yang akan berpengaruh dalam kehidupan dan berperanan dalam mencipta wajah kehidupan. Ayat-ayat dan hadis-hadis tersebut menunjukkan agar berlindung pada keteguhan iman di dalam hati. Bagaimana kita akan membayangkan selain itu, sedangkan asas keimanan itu ialah iman kepada Allah Taala, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari Akhirat disembah melainkan Allah dan iman wujudnya Qada’ dan Qadar, ketentuan Allah s.w.t. baik dan buruknya. Islam dapat diketahui melalui lima tiang iaitu menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu pesuruh Allah, mengerjakan sembahyang lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji.

Dr. Abdul Halim Muhammud mengemukakan: “Sesungguhnya kata Islam yang diletakkan sebagaimana bagi sebuah agama yang diredhai Allah Taala, agama yang tidak terikat dengan keadaan zaman dan tidak pula terbatas pada sebuah tempat, dalam pengertiannya mengandungi makna akhlaqiyah yang tinggi. Kata tersebut berkehendakkan penyerahan diri kepada Allah s.w.t. Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang Islam. Lalu baginda menjawab: Hendaklah hatimu menyerah kepada Allah, dan hendaklah orang-orang muslim itu selamat daripada lisan dan taganmu. Dalam hadis-hadis lain Rasulullah s.a.w mentafsirkan Islam dengan beberapa amal perbuatan yang kelihatan, pada apa yang baginda juga tafsirkan iman dengan keimanan kepada sumber yang lima. Dengan demikian jadilah iman itu menduduki darjat yang lebih tinggi. Oleh itu, jika diungkapkan sebutan iman itu sendiri, maka sebutan itu juga mengandungi erti Islam dan syarat-syaratnya.
Islam itu bersifat zahir iaitu tidak tersembunyi, manakala iman pula tersembunyi, di dalam hati sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadis. Oleh kerana itulah maka iman yang terdapat di dalam hati termasuk suatu hal yang wajar dipamerkan segala sesuatu kepada perbuatan dan tindakan terhadap sesuatu keperluan. Sekiranya tidak disertakan dengan tindakan, pasti sesuatu yang terkandung di dalam hati itu menjadi lemah dan goncang. Akibatnya tingkat keimanan tidak dapat berkembang.
Rasulullah s.a.w. telah menjadikan iman itu menduduki bahagian tengah antara beberapa darjat agama. Sebagaimana baginda telah menjadikan iman itu pada beberapa bahagian dalam sabdanya yang bermaksud iman itu antara enam puluh tiga sampai enam puluh sembilan atau tujuh puluh tiga sampai tujuh puluh sembilan bahagian. Paling utamanya perkataan “Laa ilaaha illallaahu.” Dan paling rendahnya ialah menjauhkan sesuatu yang dapat menyakitkan dari jalan. Dan sifat malu itu sebahagian daripada iman.

Ibnu Taimiyah menunjukkan bahawa sebutan iman kadangkala disebutkan dengan sendirinya tanpa disertai dengan sebutan Islam, amal soleh dan tidak pula dengan sebutan keduanya.Dan pada suatu saat disebutkan secara beriringan, baik dengan sebutan Islam ataupun dengan sebutan orang-orang yang telah diberi ilmu.Dan lafaz mukminun secara beriringan dengan sebutan dalam firman Allah Taala yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, dan orang-orang Nasrani berserta orang-orang Shobi’in, siapa sahaja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal soleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.
Iman Ali karramallah wajhah mengatakan; “iman itu ditegakkan atas empat tiang pengukuh: kesabaran, keyakinan, keadilan dan perjuangan. Kesabaran pula ditegakkan atas empat bahagian iaitu, kerinduan, perhatian (ketakutan) zuhud dan penantian. Barangsiapa merindui untuk masuk syurga, pasti ia akan melupakan hawa nafsu. Barangsiapa takut masuk ke neraka, nescaya dia akan menjauhkan diri daripada perkara-perkara haram.Barangsiapa menjauhkan diri daripada kesenangan dunia untuk beribadah, nescaya dia akan memandang kecil terhadap beberapa musibah yang terjadi. Barangsiapa merasa bahawa dirinya sedang menanti kematian, nescaya dia akan banyak melakukan kebajikan.”
Keyakinan juga ditegakkan atas empat bahagian: penggunaan kecerdasan, penerangan hikmah, iaitu untuk mencapai kepada hakikat-hakikatnya, nasihat tauladan dan sunnah orang-orang terdahulu. Barangsiapa yang mahu menggunakan kecerdasan untuk berfikir, nescaya akan nampak pada dirinya suatu hikmah. Barangsiapa telah nampak pada dirinya suatu hikmah, nescaya dia akan mengenal suatu tauladan, seakan-akan dia hidup pada zaman orang-orang terdahulu.

Keadilan ditegakkan atas empat bahagian iaitu, tinggi pemahaman, tinggi ilmu pengetahuan, rahsianya keindahan hukum dan kekukuhan kesabaran. Maka barangsiapa yang telah faham, nescaya dia akan mengetahui akan ketinggian ilmu pengetahuan. Barangsiapa telah mengetahui ketinggian ilmu pengetahuan, nescaya dia kembali kepada syariat-syariat hukum. Barangsiapa yang bersabar, nescaya dia tidak akan pernah lalai terhadap urusannya dan hidupnya terpuji di kalangan manusia.
Jihad atau perjuangan daripada tiang ilmu pengetahuan, ditegakkan atas empat bahagian iaitu: perintah kepada yang makruf, larangan dari yang mungkar, kejujuran di beberapa tempat tinggal dan medan perang di jalan Allah dan kebencian terhadap orang-orang yang fasik. Maka barangsiapa yang telah memerintahkan kepada yang ma’ruf, dia telah memperkukuh tunggak-tunggak orang mukmin. Barangsiapa yang telah mencegah perkara-perkara mungkar, dia telah menundukkan kesombongan orang-orang kafir. Barangsiapa berlaku jujur di beberapa tempat tinggal, menampakkan keberanian di beberapa medan peperangan melawan golongan kafir di jalan Allah, maka dia telah melaksanakan tugasnya. Barangsiapa membenci orang-orang fasik dan marah terhadap mereka hanya kerana Allah, nescaya Allah juga marah terhadap mereka kerananya. Pada hari Kiamat nanti Allah s.w.t. akan meredhainya.Jawapan lain tentang keimanan, Imam Ali mengatakan: “iman ialah suatu pengakuan dengan hati, pengucapan dengan lisan dan pelaksanaan terhadap rukun-rukun.”
Tentang khabar gembira keimanan itu, para sahabat, tabi’in, dan seluruh pemimpin kaum muslimin bersepakat bahawa sesiapa sahaja di dalam hatinya masih terdapat rasa keimanan walaupun seberat zarah, maka dia tidak akan kekal di dalam neraka. Mereka juga bersepakat bahawa junjungan kita Rasulullah s.a.w. akan memberi syafaat kepada sesiapa saja yang diizinkan Allah untuk diberi syafaat, termasuklah ahlul kaba’ir iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dari kalangan umatnya.
Tentang hal ini, lebih diperkuatkan lagi oleh Ibnu Taimiyah. Menurutnya jika sebahagian iman mereka telah keluar kerana sesuatu sebab atau hal-hal lain, maka iman ini tidak akan pergi atau hilang secara keseluruhannya. Beliau juga menyangkal pendapat orang yang mengatakanbahawa iman itu bila telah pergi sebahagiannya, semuanya akan hilang. Beliau menjelaskan lagi bahawa pendapat seperti ini merupakan sumber tersebar luas perbuatan bid’ah dalam masalah keimanan.

Pandangan Ibnu Taimiyah ini berbeza dengan apa yang telah dikatakan oleh Imam Bukhari mengenai masalah iman. Bahawa iman itu ialah perkataan dan perbuatan, boleh bertambah dan berkurang. Ini juga adalah pendapat kebanyakan para pemimpin umat Islam.
Itulah sebuah berita gembira bagi orang yang beriman dengan keimanan yang tiada putus. Khabar ini sebagai rangsangan untuk kita lebih mendalami keimanan, serta memperjuangkan diri untuk mencapai tingkat keimanan yang sempurna. Sehingga kita dapat menyaksikan setiap cahaya baru dalam kehidupan kita dengan bersandarkan keindahan iman.
Allah s.w.t. menerangkan tentang peralihan manusia dalam tahap-tahap penciptaannya daripada satu bentuk ke satu bentuk berikutnya. Asal penciptaan manusia adalah daripada tanah, kemudian diciptakan daripada air mani, daripada air mani dijadikan segumpal darah, daripada segumpal darah dijadikan segumpal daging, kemudian menjadi tulang-belulang dan ditiupkan roh padanya. Akhirnya keluar dari rahim ibunya dalam keadaan lemah, kurus dan tidak berdaya. Setelah itu mulai membesar sedikit demi sedikit sehinggalah terjadinya seorang bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa. Itulah kekuatan sebagai pemuda selepas kelemahan sebagai bayi. Lambat laun kekuatan itu menurun dan semakin berkurang pada saat menjelang masa tua. Kemudian menjadi orang tua dan itulah kelemahan sesudah kekuatan. Keinginan, gerakan dan kekuatan pun semakin lemah, rambut mulai beruban. Dialah Tuhan yang melakukan apa yang dikehendakiNya dan bertindak terhadap hambaNya dengan apa yang Dia inginkan.
Sebelum Allah Taala menciptakan kita, asal kita masih lagi berupa tanah. Ini merupakan kematian yang pertama. Kemudian Allah Taala menghidupkan kita, lalu menciptakan kita. Ini merupakan kehidupan yang pertama. Setelah itu Allah akan mematikan kita, sehingga kembali ke kubur. Inilah bentuk kematian yang kedua. Kemudian Allah Taala akan membangkitkan kita kembali dari dalam kubur itu pada hari Kiamat. Inilah kehidupan yang kedua. Begitulah mengenai dua kali hidup dan dua kali mati. Ini bererti, segala kenyataan yang telah dikemukakan oleh Ibnu Abbas itu adalah benar. Ini adalah mukjizat hidup dan mati.

Setelah Allah Taala menyebutkan sebuah dalil atau bukti tentang penciptaan mereka dan apa yang mereka saksikan dalam diri mereka, maka Allah s.w.t. juga menyebutkan dalil lain daripada apa yang mereka saksikan iaitu penciptaan langit dan bumi. Mengenai penelitian ayat ini terdapat dalam surat As-Sajadah. Dalam hal ini menunjukkan, bahawa Allah Taala terlebih dahulu menciptakan bumi, kemudian menciptakan tujuh lapisan langit, begitulah teknik pembangunan. Pertama bermula, membangun bahagian bawah, setelah itu membangun bahagian atasnya. Para ahli tafsir menerangkan demikian.
Dari Abdillah bin Salam, mengatakan: “Sesungguhnya Allah Taala telah memulakan penciptaan itu pada hari Ahad. Pada hari Ahad dan Isnin Allah menciptakan bumi. Pada hari Selasa dan Rabu Allah Taala menciptakan beberapa makanan dan gunung-ganang. Pada hari Khamis dan Jumaat Allah Taala menciptakan beberapa langit. Pada ketika saat itulah Allah Taala menciptakan Adam dengan segera. Pada hari Jumaat juga akan terjadinya Kiamat.
Allah telah menciptakan bumi sebagai tempat kita tinggal. Menjadikan pada bumi itu gunung-ganang dan sungai-sungai. Menjadikan untuk kita beberapa tempat tinggal dan rumah-rumah. Memperbolehkan atau mengizinkan kita menikmati dan mengambil manfaat-manfaatnya. Menundukkan awan bagi kita untuk mengeluarkan rezeki-rezeki kita darinya dan menjadikan berbagai macam sumber kehidupan di muka bumi untuk kita; iaitu beberapa mata pencarian, penghasilan dan beberapa sebab lainnya sehingga kita dapat berniaga di muka bumi ini. Walaupun demikian, kebanyakan kita masih kurang bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Allah s.w.t. berikan kepada kita.
Iman kepada Allah mempunyai ikatan hubungan yang erat dan kuat dengan tujuan penciptaan, iaitu ibadah seperti dalam firmanNya yang bermaksud “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.” Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan kita, tiada lain untuk memerintahkan kita agar kita menyembah kepada Allah Taala. Dan bukanlah kerana Allah Taala memerlukan kita.
Ibnu Abbas mengatakan: “Melainkan supaya mereka menyembahKu” iaitu: kecuali kita sentiasa menyembah pada Allah, baik dalam keadaan suka atau terpaksa. Dan begitu menurut ikhtiar Ibnu Jarir (At Thabari).

Allah Maha Pengasih Lagi Penyayang tidak akan mengecewakan atau mensia-siakan permohonan hambaNya yang berdoa dan tidak ada sesuatu pun yang dapat melupakan dan melalaikanNya. Dialah Tuhan Yang Maha Mendengar segala permohonan. Dalam ayat tersebut juga terdapat dorongan kepada doa. Bahawa doa itu sekali-kali tidak akan pernah tersia-sia di sisiNya. Sebagaimana yang telah dikatakan oleh Imam Ahmad. Dikhabarkan dari Anas, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda. Sabdanya yang bermaksud: Seorang hamba akan sentiasa baik selama ia tidak terburu-buru. Mereka bertanya: “Bagaimana terburu-buru itu?” Baginda menjawab: “Apabila ia mengatakan: Sesungguhnya aku telah memohon kepada Tuhanku, akan tetapi Dia masih belum mengabulkan padaku.”
Di antara sifat-sifat orang mukmin ialah tidak terburu-buru atau tidak akan pernah berputus asa kepada rahmat Tuhannya. Dan tidak pula akan putus cita-cita terhadap Allah. Walaupun banyak melakukan perbuatan dosa, maka Dialah Tuhan Yang Maha Menerima Taubat daripada hamba-hambaNya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Tidakkah mereka mengetahui, bahawasanya Allah menerima taubat daripada hamba-hambaNya dan menerima zakat, dan bahawasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
Salah satu di antara iman kepada Allah ialah menyerahkan diri kepada kehendak Allah terhadap makhlukNya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi sesiapa yang Dia kehendaki, mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia itu jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan yang sedikit”. Allah mengemukakan, bahawasanya Dialah Tuhan yang meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Peringatan begini bagiNya mengandungi kebijaksanaan dan keadilan. Allah mengembirakan orang-orang kafir itu dengan kehidupan dunia yang telah mereka terima, untuk menarik mereka secara beransur-ansur kepada kebinasaan. Kemudian Allah mencela kehidupan dunia bila dibandingkan dengan sesuatu yang telah dipersiapkan untuk hamba-hambaNya yang mukmin.

Di antara sifat-sifat orang mukmin ialah beriman kepada Allah, Malaikat dan RasulNya. Ats-Tsauri mengatakan: ayat-ke 177 pada surah Al Baqarah, semua ini merupakan berbagai-bagai bentuk kebajikan, dan sungguh benar kekasih Allah. Barangsiapa yang memiliki sifat-sifat seperti yang terdapat dalam ayat ini, maka sesungguhnya ia telah memasuki segenap sudut-sudut Islam dan mengambil atau menggenggam segala kebajikan. Itulah iman kepada Allah Taala, bahawa tidak ada Tuhan yang hak melainkan Dia, dan mempercayai adanya para malaikat yang berfungsi sebagai duta antara Allah dan rasul-rasulNya.
Sedekah dan amal jariah juga merupakan sifat-sifat orang mukmin. Firman Allah yang bermaksud: “Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak berkehendakkan balasan dari kamu dan tidak pula ucapan terima kasih.”
Sifat lain orang mukmin ialah khusyuk dalam sembahyang. Hasan Basri mengatakan: Kekhusyukan itu berada di dalam hati. Oleh kerana itu mereka menundukkan pandangan dan merendahkan diri. Muhammad bin Sirin mengatakan: Para sahabat Rasulullah s.a.w. mengangkat pandangannya ke langit ketika mereka melakukan sembahyang. Akan tetapi kemudian mereka menundukkan pandangan ke tempat sujud pada saat mengerjakan sembahyang setelah turun ayat yang pertama dan ayat kedua daripada surah Al Mukminun yang bermaksud: “Telah beruntunglah orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya.”
Renungilah keadaan dan alam semesta yang akan membawa kepada keimanan, menguatkan dan mengukuhkannya iaitu berkat kebenaran pintu menuju iman. Pada waktu yang sama, ia merupakan satu daripada beberapa perangai orang-orang mukmin yang benar atau yang boleh dipercayai.Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi sambil mengatakan: Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.”
Allah Taala berfirman, mencegah hamba-hambaNya yang beriman menjadikan orang-orang munafik itu sebagai teman kepercayaan, iaitu memberitahukan kepada mereka (orang-orang munafik itu) akan rahsia-rahsia mereka dan sesuatu yang mereka simpan dan mereka sembunyikan terhadap musuh-musuh mereka.Orang-orang munafik itu terus-menerus dengan segala kemampuan dan berbagai macam cara yang mungkin, berusaha menimbulkan kemudharatan dan menentang orang-orang yang beriman. Mereka lakukan penipuan secara berulang-ulang dengan segala sesuatu yang mampu mereka lakukan. Dan mereka menyukai dan melakukan apa yang dapat menyusahkan dan mempersulitkan orang-orang yang beriman.Selain dari kamu pemeluk-pemeluk beberapa agama selain agama Islam. Dan teman kepercayaan lelaki itu secara khusus adalah keluarganya, iaitu mereka yang mengetahui akan segala urusannya.
Akhir sekali ialah balasan orang-orang mukmin. Allah s.w.t. menerangkan kepada kami dengan apa yang telah Dia janjikan bagi orang-orang mukmin lelaki dan perempuan berupa kebaikan dan kesenangan yang kekal di dalam syurga sebagai bangunan yang baik dan tempat menetap yang indah dan ke dalam hadis disebutkan yang bermaksud: Dari Abi Hurairah mengatakan: kami pernah bertanya: “Ya Rasulullah, beritahulah kepada kami tentang Syurga. Apa bangunannya?” Beliau bersabda: “Batu merah terbuat daripada emas dan batu merah (batu bata) dibuat daripada perak. Lepannya iaitu lumpur yang digunakan untuk menurap dinding adalah misk. Batu-batunya, iaitu kerikilnya adalah mutiara dan yakut. Dan debunya adalah sfran. Barangsiapa yang memasukinya, ia akan hidup senang dan tidak akan pernah bosan dan dia akan hidup kekal tidak akan pernah mati. Pakaiannya tidak akan pernah lusuh atau usang dan dia akan awet muda. Demikianlah balasan Allah kepada orang-orang mukmin.


------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com